Harimau Malaya Naib Juara Piala Suzuki AFF 2018

Aktif, Bola

Sumber : affsuzukicup.com

Sekali lagi tahniah untuk Harimau Malaya yang berjaya jadi naib juara Piala Suzuki AFF 2018! Pada awalnya takde siapa yang sangka skuad Harimau Malaya berjaya kalahkan juara bertahan, Thailand untuk layak ke final. Tapi skuad bimbingan coach Tan Cheng Hoe berjaya buktikan kemampuan mereka di pentas antarabangsa negara-negara asia tenggara!

Sumber : affsuzukicup.com

Memang susah untuk Harimau Malaya dan seluruh penyokong Harimau Malaya untuk terima kekalahan menentang Vietnam di peringkat final, tapi Vietnam sememangnya lebih layak untuk jadi juara Piala Suzuki AFF 2018 dengan prestasi mereka yang mantap dan konsisten sejak daripada perlawanan peringkat kumpulan sehingga lah ke final. Tahniah Vietnam.

Vietnam berjaya kalahkan Malaysia dengan aggregate 3-2 untuk menjulang Piala Suzuki AFF 2018 di Stadium My Dinh sabtu lepas. Vietnam sememangnya ada kelebihan untuk jadi juara selepas berjaya menjaringkan 2 gol penting di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sumber : affsuzukicup.com

Perlawanan final kedua di Stadium My Dinh digunakan sebaiknya oleh Vietnam yang mencari gol awal untuk bagi lebih tekanan kepada Harimau Malaya. Seawal minit ke-6, Vietnam berjaya cari peluang keemasan untuk jaringkan gol pertama masa Harimau Malaya tengah bersungguh serang habis-habisan.

Corak permainan Harimau Malaya di Stadium My Dinh juga layak dipuji sebab memang Harimau Malaya  memang bersungguh-sungguh mencari jalan untuk jaringkan gol. Tapi barisan pertahanan Vietnam memang kental! Possession juga nampaknya lebih kepada Harimau Malaya dalam statistik perlawanan hari tu. Tapi rezeki lebih berpihak kepada pasukan Vietnam.

Sumber : affsuzukicup.com

Syabas Harimau Malaya. Jadikan kekalahan ni pembakar semangat untuk lebih fokus dan improve daripada segi pertahanan, dan serangan untuk kejohanan lain selepas ni. Jangan pernah putus asa! Ekor harimau sejati sentiasa di belakang Harimau Malaya!

KATALAKI: Harimau Malaya, kami selalu ada, walau di mana berada!

Last modified: 19 December 2018