Harimau Malaya Punca Thailand Berkampung + GIVEAWAY Jersi Malaysia!

Aktif, Bola

Lebih daripada 87,000 penyokong yang turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, 1 Disember 2018, untuk saksikan pasukan Harimau Malaya hampir menjinakkan Thailand yang terpaku dengan corak permainan Malaysia dan atmosfera penyokong di stadium.

Keputusan 0-0 kekal selama 90 minit sampai habis perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF. 5 Disember ni Harimau Malaya akan turun ke Stadium Rajamangala untuk separuh akhir kedua tanpa bekalan gol. Majoriti penyokong Harimau Malaya sebenarnya ramai yang berpuas hati dengan gameplay Harimau Malaya walaupun seri 0-0. Biar seri 0-0, jangan seri 1-1.

Sumber : affsuzukicup.com

Thailand yang disangkakan akan menyerang habis-habisan di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk dapatkan kelebihan gol di tempat lawan, rupanya hanya main bertahan sepanjang perlawanan tanpa menghasilkan satu shot on goal pun! Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2018 setakat ni dengan 8 gol, Adisak Kraisorn pun mati akal tak boleh nak score lawan Malaysia.

Sumber : affsuzukicup.com

Barisan pertahanan Malaysia pun dah macam tembok konkrit! Setiap serangan Thailand berjaya dihalang oleh pertahanan Harimau Malaya yang fokus menjaga gawang gol daripada dibolos.

Sumber : affsuzukicup.com

Harimau Malaya memang beraksi dengan garang malam tadi dengan peratusan possession yang lebih banyak dan jumlah percubaan ke arah gawang gol Thailand pun not bad. Malangnya Harimau Malaya kurang sengat di depan pintu gol Thailand, beberapa peluang dibazirkan macam tu je. Mungkin memang takde rezeki Harimau Malaya untuk jaringkan gol semalam. Tendang bola tu macam mana gaya pun, kalau dah takde rezeki untuk gol memang takkan gol!

Sumber : affsuzukicup.com

Kita harapkan corak permainan Malaysia malam tadi terus dikekalkan dan finishing di depan gawang gol terus diperbaiki lagi untuk berhadapan Thailand di Stadium Rajamangala, 5 Disember nanti. Korang ada tak yang turun Stadium Rajamangala? #EkorOnBus Ultras Malaya nampaknya sampai sold out! Mari kita gegarkan pula Stadium Rajamangala dengan ngauman Harimau Malaya!

Jersi Malaysia Giveaway!

Tahniah untuk korang yang dah berjaya menang tiket giveaway untuk separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF hari tu, kali ni kami nak belanja lagi! Yeahh. Asyik chinggey je belanja. Kasi chance pula la dekat Thelaki! Untuk naikkan semangat korang yang akan menyokong Harimau Malaya 5 Disember nanti, kami nak bagi korang sehelai Jersi Malaysia yang terbaru, original by Nike! Gred A ke AA ke AAA ke tak main. Ada jersi home & away. Boleh pilih!

Korang boleh join cepat-cepat giveaway ni bermula sekarang sampai Selasa, 4 Disember okeh!

Macam mana nak join?

Klik sini bosskurr.

Pemenang kami akan umumkan kat Instagram @thelakione.

 

View this post on Instagram

 

Bersama kawan-kawan baru THELAKI di Stadium Bukit Jalil. Dah ready nak enjoy! #affsuzukicup #MasTha

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

KATALAKI: Jersi Malaysia ada 4 helai je ni untuk giveaway. Siapa cepat dia dapat.

Last modified: 7 December 2018