Harimau Yang Telah Bunuh 436 Orang Manusia!

Sembang, ZeKool

Jika di Malaysia, kita pernah digemparkan dengan serangan Bujang Senang, seekor buaya air masin yang telah membunuh ramai orang di Sarawak. Buaya yang mempunyai saiz sepanjang 19 kaki ini telah bermaharajalela sejak dari tahun 1941 lagi. Aku juga pernah menulis tentang seekor buaya lagenda iaitu Gustave. Kalau tak baca lagi, korang boleh baca di SINI.

Di Nepal, mereka juga telah diserang dengan seekor haiwan liar tapi yang berbezanya mereka telah diserang oleh seekor harimau betina. Harimau ini telah membuatkan ramai orang di Nepal takut untuk keluar daripada rumah akibat tidak mahu mati dimakan haiwan ganas ini.

Harimau ini telah diberi nama Champawat Tiger dan ia dikatakan telah mengganas dan menyerang manusia sejak dari tahun 1903 lagi. Beratus orang dikatakan telah menjadi korban Champawat Tiger. Untuk mengelakkan diserang oleh harimau ini, masyarakat setempat terpaksa keluar dari rumah beramai-ramai untuk mencari makanan.

Namun itu tidak membuatkan harimau ini berhenti menyerang manusia kerana Champawat Tiger ini dikatakan sangat cerdik ketika memburu manusia. Harimau ini akan mengekori mereka secara senyap dan hanya menyerang apabila salah seorang daripada mereka jauh daripada rakan-rakan yang lain. Manusia yang diserang akan diheret jauh ke dalam hutan dan dijadikan sebagai makanannya.

Disebabkan rakyat semakin takut dengan Champawat Tiger ini, pihak kerajaan Nepal terpaksa masuk campur dan telah mengupah beberapa orang pemburu terkenal untuk memburu harimau ini dan membunuhnya serta-merta.

Champawat Tiger ini berjaya mengelak daripada dikesan oleh pemburu-pemburu ini dan dalam masa yang sama masih meneruskan memburu manusia untuk dimakan. Dikatakan ketika itu, hampir 200 manusia telah dibunuh oleh Champawat Tiger.

Keadaan semakin teruk sehinggakan kerajaan Nepal sekali lagi terpaksa masuk campur dan kali ini mengerahkan tentera Nepal pula untuk memburu harimau ganas ini. Walaupun serangan harimau berjaya dihentikan, mereka tidak berjaya untuk mengesan dan menangkap Champawat Tiger. Akhirnya kerajaan mengambil keputusan untuk mengarahkan anggota tentara membentuk satu barisan memanjang dan kemudiannya masuk ke hutan secara serentak.

Tindakan ini telah berjaya membuatkan Champawat Tiger lari dari Nepal dan melepasi sempadan India. Kini Champawat Tiger menjadi masalah untuk masyarakat di perkampungan India pula. Mengetahui tentang perkara ini, pihak kerajaan India terus menghubungi beberapa pemburu terkenal untuk membunuh Champawat Tiger sebelum ramai rakyatnya menjadi mangsa.

Antara pemburu terkenal yang mereka panggil adalah Colonel James Corbett, seorang pemburu terkenal dari British yang menetap di India. Colonel James Corbett bersetuju untuk membantu kerajaan India tapi dengan syarat. Syarat yang pertama adalah dia mahu kerajaan India membatalkan segala wang saguhati bagi mereka yang berjaya membunuh Champawat Tiger dan yang kedua, dia mahukan kerajaan India memanggil balik semua pemburu yang mereka telah hantar untuk memburu harimau ini dan membatalkan kontrak mereka.

Tujuan Colonel James Corbett mengeluarkan syarat ini adalah kerana dia takut disebabkan terlalu ramai pemburu yang berada dalam hutan yang sama dan wang saguhati yang diberikan, dia berkemungkinan akan mati ditembak oleh pemburu lain berbanding mati diserang oleh Champawat Tiger.

Colonel James Corbett juga takut harimau-harimau lain yang tidak bersalah akan turut dibunuh oleh pemburu-pemburu lain kerana menyangka ia adalah Champawat Tiger. Kerajaan India bersetuju dengan syarat-syaratnya dan pada tahun 1907, Colonel James Corbett memulakan perjalanannya memburu harimau paling berbahaya di dunia ini!

Walaupun sebelum ini pihak kerajaan Nepal telah menghantar berpuluh askar dan juga pemburu yang lengkap bersenjata berat untuk memburu Champawat Tiger, Colonel James Corbett hanya membawa satu senapang dan sehelai pakaian pemburu biasa sahaja untuk pergi memburu. Colonel James berjaya mengesan harimau tersebut disalah sebuah perkampungan di Champawat, India. Masyarakat perkampungan tersebut sudah berminggu-minggu tidak keluar dari rumah disebabkan bunyi ngauman harimau di hutan berdekatan dengan mereka.

Tidak sampai beberapa hari Colonel James sampai ke perkampungan tersebut, seorang gadis berusia 16 tahun telah diserang oleh Champawat Tiger dan mayatnya telah diheret ke dalam hutan untuk dimakan. Colonel James tidak membuang masa dan terus berlari ke dalam hutan tersebut. Dia berjaya mengesan darah yang berkemungkinan milik gadis tersebut dan terus mengekori kesan tersebut.

Selepas berjam-jam cuba mengekori kesan darah yang ditinggalkan, Colonel James Corbett akhirnya berjaya mengesan Champawat Tiger. Harimau tersebut kelihatan sedang leka berehat dan disebelahnya, Colonel James terlihat mayat seorang gadis. Tidak salah lagi, ini adalah Champawat Tiger. Colonel James bergerak secara senyap dan memastikan senapangnya diacu dikepala harimau tersebut.

Dengan sekali tembakan, peluru tersebut terus terkena kepala Champawat Tiger dan ia akhirnya jatuh menyembah tanah. Atas siasatan pihak berkuasa Nepal dan India, mereka menyatakan dalam masa empat tahun Champawat Tiger ini mengganas, seramai 436 manusia telah diserang dan menjadi mangsa harimau ganas ini.

Colonel James Corbett tetap meneruskan kerjayanya sebagai pemburu haiwan liar paling handal dan mengakhiri kerjayanya dengan membunuh seekor lagi harimau lagenda yang dipanggil Bachelor of Powalgarh, seekor harimau bengal paling besar yang pernah direkodkan dalam sejarah!

KATALAKI: Buaya Gustave pun rekod dia bunuh 300 orang je!

Last modified: 13 January 2020