Harley Quinn Ada Filem Sendiri?

Sembang

Sebelum ini ada ura-ura menyatakan yang DC Extended Universe (DCEU) akan mengeluarkan movie solo tentang Harley Quinn selepas Suicide Squad namun baru-baru ini pihak DCEU telah mengeluarkan video teaser yang dikatakan merupakan filem terbaru mereka iaitu Birds of Prey.

Tapi jangan risau, dalam filem ini tetap ada Harley Quinn dan walaupun ini bukan filem solo pasal watak dia, Harley Quinn nampaknya tetap menjadi watak utama dalam filem terbaru yang bakal dikeluarkan oleh DCEU ini.

Pada awalnya, Birds of Prey mula diperkenalkan pada tahun 1996 untuk komik Black Canary/Oracle: Bird of Prey isu 1st. Didalam kumpulan Birds of Prey, Black Canary dan Oracle merupakan ahli utama dan ahli-ahli yang lain sentiasa bertukar-tukar.

Didalam Birds of Prey juga, villain seperti Catwoman, Poison Ivy, Scandal Savage, Knockout dan Harley Quinn juga pernah join team Birds of Prey dalam beberapa isu yang pernah dikeluarkan. Hari ini aku nak share dengan korang beberapa watak yang telah diperkenalkan dalam teaser Birds of Prey.

HARLEY QUINN

Harleen Quinzel ataupun lebih terkenal dengan nama Harley Quinn akan dilakon oleh Margot Robbie sama seperti watak yang dia bawa dalam movie Suicide Squad. Sebelum dia berjumpa dan jatuh cinta dengan Joker, Dr. Harleen Quinzel merupakan doctor sakit jiwa yang bertugas di Arkham Asylum.

Pertama sekali watak Harley Quinn diperkenalkan adalah pada tahun 1993 untuk komik The Batman Adventures isu ke 12. Selain termasuk dalam geng Suicide Squad dan awek kepada Joker, Harley Quinn juga join team Gotham City Sirens yang mana turut dianggotai oleh Catwoman dan Poison Ivy.

BLACK CANARY

Black Canary merupakan watak yang telah diperkenalkan dalam DC pada tahun 1947 dalam komik Flash Comics isu 86. Black Canary ataupun nama sebenarnya Dinah Laurel Lance mempunyai superpower seperti Ultrasonic Scream yang diberi nama Canary Cry.

Didalam movie ini, Black Canary akan dilakon oleh Jurnee Smollet-Bell yang mana sebelum ini pernah berlakon dalam siri tv True Blood. Watak Black Canary sebelum ini juga dilakonkan oleh Katie Cassidy dalam siri tv Arrow.

HUNTRESS

Helena Bertinelli ataupun dikenali sebagai Huntress akan dilakon oleh Mary Elizabeth Winstead yang mana sebelum ini femes dengan watak Ramona Flowers dalam movie Scott Pilgrim vs. The World dan juga Gwen Grayson, seorang supervillain yang dikenali sebagai Royal Pain dalam movie Sky High.

Huntress pertama kali diperkenalkan pada tahun 1989 untuk komik The Huntress isu 1. Huntress merupakan anak ketua mafia dan ibu dan ayahnya telah dibunuh oleh geng mafia lain. Disebabkan itu, dia telah berubah menjadi seorang vigilante yang terkenal dengan caranya yang ganas dan juga weapon iconic dia iaitu crossbow.

CASSANDRA CAIN

Watak yang dilakonkan oleh pelakon cilik Ella Jay Basco ini mula diperkenalkan pada tahun 1999 didalam komik Batman isu 567. Cassandra merupakan anak kepada assassins terkenal iaitu David Cain dan Lady Shiva.

Cassandra Cain juga adalah salah seorang yang pernah menjadi Batgirl dan bersama-sama membenteras jenayah bersama Batman. Dari kecil dia telah diajar untuk menjadi seorang assasins dan disebabkan itu dia tidak bergaul seperti kanak-kanak lain. Sama ada dalam Birds of Prey dia akan diperkenalkan sebagai Batgirl atau tidak masih belum diketahui.

BLACK MASK

Ewan McGregor akan melakonkan watak villain dalam movie Birds of Prey sebagai Roman Sionis ataupun lebih dikenali dengan sebagai Black Mask. Black Mask merupakan ketua ahli kumpulan kongsi gelap yang terkenal iaitu False Facers.

Seperti Bruce Wayne, Roman Sionis juga merupakan anak jutawan dan bila ibu dan bapanya mati secara misteri, dia telah mewarisi perniagaan bapa dia iaitu Janus Cosmetics Corporation. Watak Black Mask mula diperkenalkan pada tahun 1985 untuk komik Batman isu 386.

VICTOR ZSASZ

Victor Zsasz merupakan seorang pembunuh bersiri. Setiap kali dia berjaya bunuh orang, dia akan carves satu tanda pada tubuh badan dia untuk menunjukkan berapa ramai yang dia dah bunuh. Watak Zsasz juga merupakan seorang villain didalam movie Birds of Prey ini.

Dalam movie ini, Watak Victor Zsasz akan dilakonkan oleh Chris Messina. Bagi aku, aku lebih prefer watak ini dilakonkan oleh Anthony Carrigan yang mana turut membawakan watak Victor Zsasz didalam siri TV Gotham sebab nampak kena sangat watak Zsasz ini dengan dia.

KATALAKI: Buat masa ini tiada lagi info tentang jalan cerita Birds of Prey. Sama-samalah kita tunggu trailer dia nanti!

Last modified: 8 February 2019