Harry Potter: Dulu VS Kini

Sembang

Harry Potter merupakan satu fenomena yang pernah dialami oleh setiap manusia kat dunia ni termasuk lah kanak-kanak, remaja atau pun yang dah dewasa sama ada menerusi siri novel atau siri filem Harry Potter.

Kali pertama siri filem Harry Potter bermula pada tahun 2001 dengan filem Harry Potter and the Sorcerer’s Stone, mengisahkan seorang anak yatim piatu yang bernama Harry Potter, yang sebenarnya seorang ahli sihir. Perjalanan Harry Potter berterusan sehingga filem yang ke-8, Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2, ditayangkan pada tahun 2011.

Kebanyakan pelakon yang terlibat dalam siri filem Harry Potter, ada yang memulakan karier lakonan dan perfileman sejak berlakon dalam filem-filem Harry Potter. Kali ni mari kita tengok macam mana keadaan dan rupa terkini pelakon-pelakon yang pernah berlakon dalam siri filem Harry Potter.

Daniel Radcliffe (Harry Potter)

Image Via : hotflick.net

Bakat pelakon utama filem Harry Potter ni mula dicungkil selepas berlakon dalam drama TV, David Copperfield pada tahun 1999. Sejak filem pertama Harry Potter ditayangkan, perjalanan hidup Daniel Radcliffe sebagai manusia biasa mula berubah selepas orang ramai sangat taksub dengan filem Harry Potter.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daniel Radcliffe (@daniel9340) on

Selepas kejayaan berlakon dalam filem Harry Potter, Daniel Radcliffe semakin aktif berlakon dalam filem-filem lain antaranya The Woman in Black, Victor Frankenstein dan Now You See Me 2.

Emma Watson (Hermione Granger)

Image Via : refinery29.com

Salah seorang trio yang sangat penting dalam siri filem Harry Potter, Emma Watson mula berlakon dalam filem Harry Potter masa berumur 11 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Emma Watson (@emmawatson) on

Filem Harry Potter juga merupakan filem pertama lakonan Emma Watson sejak bergelar pelakon.

Rupert Grint (Ron Weasley)

Image Via : hotflick.net

Bukan je salah seorang watak utama dalam siri filem Harry Potter, Rupert Grint juga sangat minat dan taksub dengan novel-novel Harry Potter sebelum munculnya filem Harry Potter.

Image Via : indiewire.com

Setakat ni takde lagi filem baru lakonan Rupert Grint. Filem terakhir yang dilakonkan oleh Rupert Grint ialah pada tahun 2015, Moonwalkers.

Evanna Lynch (Luna Lovegood)

Image Via : news.google.com

Sebelum terlibat dalam filem Harry Potter, Evanna Lynch tak pernah ada pengalaman langsung sebagai pelakon, berbeza dengan pelakon-pelakon Harry Potter yang lain. Evanna Lynch juga merupakan peminat sejati novel-novel Harry Potter sebelum mula bergelar pelakon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Evanna Lynch (@msevylynch) on

Masih lagi aktif berlakon, filem terbaru lakonan Evanna Lynch yang bertajuk Madness in the Method akan ditayangkan tahun 2019 ni.

Matthew Lewis (Neville Longbottom)

Image Via : hotflick.net

Mula popular selepas berlakon dalam filem Harry Potter, Matthew Lewis teruskan karier dalam bidang lakonan selepas tamat siri filem Harry Potter dengan kemunculan dalam filem Me Before You dan Terminal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Matthew Lewis (@mattdavelewis) on

Matthew Lewis juga popular dengan lakonan dalam drama bersiri The Syndicate.

Tom Felton (Draco Malfoy)

Image Via : hotflick.net

Berumur 14 tahun masa berlakon dalam filem Harry Potter, Tom Felton pernah menang anugerah Best Villain dalam MTV Movie Award pada tahun 2009 dan 2010 menerusi filem Harry Potter and the Half-Blood Prince dan Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 1.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tom Felton (@t22felton) on

Selain filem Harry Potter, Tom Felton pernah gak berlakon dalam filem Rise of the Planet of the Apes pada tahun 2011.

KATALAKI: Legasi filem Harry Potter masih diteruskan dengan filem spin-off yang ditayangkan pada tahun 2016 bertajuk Fantastic Beasts and Where to Find Them dan Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald. Ada 3 lagi filem Fantastic Beast akan menyusul.

Last modified: 22 July 2019