Harry Potter Kena Paku Pistol Kat Tangan?

Sembang, ZAP

Dikenali satu dunia dengan watak yang dibawakan selama 10 tahun sebagai Harry Potter, aktor Daniel Radcliffe sanggup memaku 2 buah senjata api di tangan beliau. Ya, ini semua untuk filem bergenre dark comedy terbaharu lakonan beliau yang berjudul Guns Akimbo.

Sejak mengakhiri watak beliau sebagai Harry Potter dalam trilogi filem tersebut. Daniel Radcliffe telah membintangi pelbagai filem yang merangkumi genre, daripada filem Trainwreck, Swiss Armymen hingga ke Kill Your Darlings. Untuk filem Guns Akimbo kali ini, sekali lagi Daniel Radcliffe dilihat cuba keluar dari kotak zon selesa untuk membawa watak yang lebih bercampuran aksi dan emosi.

Filem aksi komedi terbaharu ini membintangi Daniel Radcliffe yang memegang watak sebagai Miles, seorang developer permainan video yang hidupnya berubah apabila dia secara tidak sengaja ditangkap untuk menjadi sebagai salah seorang peserta seterusnya di dalam video game yang ditetapkan oleh sekumpulan geng yang dikenali sebagai SKIZM, pertandingan death match sebenar. Akibatnya, Miles mendapat senjata sebenar yang dipaku di tangannya sehingga dia tidak mempunyai pilihan tetapi untuk turut serta didalam permainan tersebut sambil mencari jalan keluar dan dalam pada masa yang sama survive didalam permainan video tersebut.

Selain Daniel Radcliffe, filem ini juga turut menampilkan aktres Samara Weaving yang melakonkan watak sebagai seorang gadis yang memburu Miles dan juga aktres Natasha Liu Bordizzo yang memegang watak sebagai Nova yang merupakan bekas kekasih Miles yang telah diculik oleh geng SKIZM.

Daniel Radcliffe dapat dilihat telah melakukan tugas yang hebat untuk mengembangkan lagi karier beliau pasca Harry Potter dengan mengambil peranan yang jauh lebih menunjukkan kehebatan lakonan beliau. Daniel Radcliffe juga terus mencabar dirinya dengan pelbagai peranan yang memudahkan penonton untuk tidak menafikan kebolehan lakonannya memegang daripada watak-watak yang ringan hingga ke watak filem yang lebih berat.

Filem Guns Akimbo ini juga diarahkan oleh Jason Lei Howden yang dikenali juga dengan hasil kerjanya sebagai visual effects artist untuk filem The Avengers. Buat fans yang nak tengok watak aksi yang lain yang dibawakan oleh Daniel Radcliffe ini, jangan lupa usha filem ni yang bakal direleasekan pada 5 Mac 2020 ini.

KATALAKI: Kalau pistol paku kat tangan, confirm banyak scene gory

Last modified: 2 March 2020