Hero-hero Handsome Sebelum Bertukar Botak

Collab, SuperDeals

Superdeals

Tak dinafikan, antara perkara-perkara yang membuatkan seorang lelaki tampan tentunya rambut. Tak kisah lah rambut pendek atau rambut panjang mana sekali pun, rambut memainkan peranan yang penting. Dan rambut ni bukan saja untuk kita tunjuk atau tujukan kepada wanita sahaja, gaya dan rekaan rambut juga ditunjukan kepada bro-bro yang lain jugak supaya bro yang lain pun terasa inspirasi nak jadi handsome macam bro yang ada rambut yang bergaya. Ya dok?

Tapi, siapa kata lelaki yang berambut je boleh nampak handsome? Ada jugak lelaki yang boleh nampak tampan dengan berambut botak. Tak kisah la yang jenis botak separuh, atau botak tapi rambut tinggal nipis-nipis sekali pun. Harini kami nak share dengan korang 5 pelakon handsome yang pernah mempunyai rambut tapi kini terus botak. Handsome juga diorang ni.

The Rock

Image via: Thelaki.com.my

Sedar tak sedar, walaupun nampak masih lagi kacak dan segak, tetapi Dwayne ‘The Rock’ Johnson ni dah pun berusia 47 tahun. Daripada menjadi seorang yang mempunyai peranan ataupun watak yang penting dalam dunia World Wrestling Entertainment sehingga lah kini dikenali sebagai pelakon berbadan sado yang disukai ramai. Aku rasa The Rock ni memang sesuai kalau botak terus untuk semua watak-watak atau lakonan dia. Yang paling membuatkan ramai suka The Rock ni adalah beliau boleh berlakon dalam apa saja jenis filem, bukan hanya filem aksi, malah filem komedi dan filem serious pun The Rock boleh tapau!

Samuel L. Jackson

Image via: Thelaki.com.my

Untung sekali kalau korang kenal dengan Samuel L. Jackson ni sebab boleh dikatakan antara hero filem dari zaman mak ayah kita lagi. Daripada filem Pulp Fiction hingga lah ke filem saga Avengers, watak-watak yang Samual L. Jackson bawakan tak pernah mengecewakan pun. Samuel L. Jackson ni antara abang-abang botak yang memang acceptable lah.

Billy Zane

Image via: Thelaki.com.my

Aku rasa kalau sebut je nama Billy Zane ni, tak ramai boleh recall. Tapi kalau korang tengok muka dia, mesti korang ingat filem apa yang beliau lakonkan. Betul tak? Walaupun tak banyak filem top yang Billy Zane ni lakonkan, tapi bila ada peranan Billy Zane dalam filem, mesti gempak. Dan selalunya watak-watak yang dibawakan oleh Billy Zane ni selalunya watak Antagonist. So memang kena lah kalau Billy Zane ni bergaya botak.

Bruce WIllis

Image via: Thelaki.com.my

Tak perlu nak berambut panjang, badan berketul-ketul kalau nak jadi bintang filem aksi. Sebab pelakon otai Bruce WIllis dah buktikan. Antara filem-filem yang kita masih ingat lagi sampai sekarang tentunya filem-filem siri Die Hard. Lagak aksi dan kepakaran lakonan Bruce Willis ni membuatkan kita lupa tentang rambut dia.

Ridzuan Hashim

Image via: Thelaki.com.my

Yang terakhir dalam list kita ni. Tipu la kalau korang tak kenal pelakon otai lagi sorang ni. Tak kisah la cerita drama kat TV3 ataupun filem-filem yang dimainkan, pelakon berusia 55 tahun bernama Mohd Ridzuan Hashim tentunya sentiasa di ingati. Antara filem yang bro-bro semua paling ingat mestilah watak Ridzuan Hashim dalam filem KL Gangster, memang watak sebagai King. Ridzuan Hashim memulakan kariernya di industri hiburan seawal tahun 90an sebagai model dan pelakon iklan komersil.

Nampak tak berapa ramai bro-bro yang berambut botak yang sado dan nampak macho. Tak salah pun kalau kita nak ambil inspirasi untuk bergaya botak ni sebenarnya. Pedulikan kalau korang dah start mula berambut nipis. Tapi kalau korang risau dengan penjagaan rambut korang, aku cadangkan korang try buat treatment, antara treatment yang korang boleh try yang murah dan jimat adalah Natural Hair Growth Scalp Treatment (HRS) for 1 Person, dengan hanya RM15 je daripada harga sebenar RM198. Murah tu beb! Nak try? Klik kat SINI.

KATALAKI: Pelakon pelakon ni semua level-level legend weyh!

Superdeals

Last modified: 9 July 2019