Hero Marvel Bergabung Dalam Filem Pertama Apple

Sembang

Samuel L. Jackson yang pernah memegang watak Nick Fury dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe, kini bergabung dalam satu filem yang sama dengan Anthony Mackie yang sebelum ni popular dengan watak Sam Wilson atau Falcon. Filem terbaru ni bertajuk The Banker, merupakan filem pertama yang dikeluarkan oleh Apple Original Film, mula ditayangkan di pawagam terpilih pada 6 Disember 2019 dan boleh ditonton di Apple TV+ bermula 31 Januari 2020.

Image Via : collider.com

Berdasarkan kisah benar, The Banker menceritakan mengenai dua lelaki yang dilakonkan oleh Samuel L. Jackson dan Anthony Mackie, cuba membina empayar perniagaan hartanah pada tahun 60an dalam masa yang sama, pada zaman tersebut, isu penindasan kaum masih lagi merupakan isu yang besar di Amerika Syarikat. Dua lelaki tersebut akhirnya terpaksa mengupah seorang lelaki berkulit putih untuk menyamar sebagai pemilik empayar perniagaan hartanah untuk mendapatkan perjanjian perniagaan yang susah nak diperoleh selain daripada kaum berkulit putih.

Image Via : engadget.com

Selain daripada Samuel L. Jackson dan Anthony Mackie, pelakon yang pernah melakonkan watak Beast dalam siri filem X-Men iaitu Nicholas Hoult pun terlibat gak dalam filem ni, memegang watak sebagai lelaki berkulit putih yang diupah oleh Samuel L. Jackson dan Anthony Mackie.

Mula beroperasi pada 1 November 2019, Apple TV+ dah keluarkan banyak original film dan drama bersiri untuk menarik perhatian orang ramai sebenarnya, dalam masa yang sama, nak bersaing dengan Netflix dan juga Disney+ yang akan mula beroperasi tak lama lagi. Selebriti ternama lain yang dah confirmed akan terlibat dalam original film dan drama bersiri untuk AppleTV+ antaranya Jason Momoa, Oprah Winfrey, Jennifer Aniston, Steve Carell dan Hailee Steinfeld. Kita yang kat Malaysia ni pun dah boleh layan AppleTV+.

Image Via : apple.com

KATALAKI: Cerita kat Netflix nak kena layan, pastu ada AppleTV+. Tak lama lagi datang lak Disney+. Bila je masa untuk tidur lepas ni?

Last modified: 5 November 2019