Hilang P*nai, Lelaki Ini Menumbuhkannya Semula Di Lengan

Sembang, ZAP

Bidang perubatan moden sekarang banyak membuat penemuan-penemuan yang menakjubkan. Kadang-kadang tu rasa macam dalam filem sains fiksyen je apa yang diorang mampu buat, tapi memang ia benar-benar boleh dilakukan dalam dunia nyata. Seperti contoh penciptaan cermin mata bagi mereka yang buta warna. Kalau 30 tahun lepas, ia mungkin berlaku dalam filem sahaja, tapi sekarang memang cermin mata tersebut telah pun berjaya dihasilkan.

Tapi kali ini kiteorang bukan nak cerita tentang mata, tetapi tentang seorang lelaki yang kehilangan kemaluannya dan berjaya menumbuhkannya semula di bahagian lengannya. Ini pun dengar macam perkara yang hanya berlaku dalam filem je, tapi ia sudah pun berjaya dilakukan dalam dunia nyata. 

DISERANG PENYAKIT SEHINGGA HILANG P*NAI

Seorang lelaki berusia 45 tahun dilaporkan telah dijangkiti sepsis (jangkitan darah) yang teruk sehingga kehilangan kemaluannya. Walau bagaimanapun, lelaki tersebut menjadi manusia pertama yang menerima ‘zakar bionik’ yang dicantumkan di lengannya.

Malcolm MacDonald merupakan seorang mekanik yang berasal dari Norfolk, United Kingdom. Dikatakan sepatutnya dia dijadualkan untuk mencatumkan kemaluan barunya pada tahun 2018, tetapi terdapat sedikit kelewatan yang memaksa dia untuk meletakkan kemaluannya itu di lengan selama empat tahun. Pandemik Coronavirus juga menjadi salah satu sebab jadual pembedahannya ditunda.

Zakar bionik itu bukan lah diambil daripada kedai mainan, tetapi ia diciptakan oleh Profesor David Ralph, iaitu seorang pakar perundingan urologi di University College London Hospitals (UCLH). Beliau merupakan pakar dalam pembuatan semula zakar. Menurut Profesor tersebut, prosedur menumbuhkan semula zakar memakan masa sehingga dua tahun. So siapa yang nak mencantumkan semula p*nai tu boleh lah jumpa Profesor ni, tapi dengan syarat sanggup tunggu dua tahun tanpa kemaluan!

Menurut MacDonald, dia berasa lega mempunyai kesempatan untuk memasang kemaluan yang baru dan berharap ia dapat meningkatkan keyakinan dirinya. Selain itu, dia juga berharap dapat melakukan perkara-perkara mudah yang lain selepas kemaluannya dipasang semula, seperti menggunakan tandas seperti lelaki normal. Aku pun tak dapat bayangkan macam mana nak buang air kalau tak ada kemaluan tu

PROSEDUR YANG AGAK RUMIT

Prosedur untuk menumbuhkan zakar yang baru melibatkan pengambilan kulit yang berisi saluran darah dan saraf dari lengan kiri MacDonald. Kemudian ia digulungkan ke dalam bentuk phallic (bentuk zakar) dan pakar bedah akan menghasilkan uretra lalu memasukkan dua tiub yang disambungkan ke pam yang membolehkan MacDonald mencapai ereksi ‘mekanikal.’ Zakar yang baru itu kemudian dilepaskan dari lengan bawah dan dibiarkan berjuntai sehingga ia tumbuh kulit dan tisunya sendiri. Ini semua adalah fakta-fakta sains dalam bidang perubatan semata-mata. Korang jangan fikir bukan-bukan pula.

KEHIDUPAN HANCUR SELEPAS HILANG P*NAI

Diceritakan semula oleh MacDonald saat kemaluannya itu dijangkiti kuman pada tahun 2014 sehingga ianya jatuh ke lantai. Dikatakan jangkitan tersebut merebak ke jari kaki sehingga ia menjadi hitam. Sewaktu dia melihat zakarnya bertukar menjadi warna hitam, dia merasakan seperti berada dalam sebuah filem seram. Kalau kita yang kena ni pun boleh tahan cuak juga, tapi ini merupakan akibat daripada jangkitan perineum yang teruk.

Kemaluan MacDonald memang benar-benar jatuh ke lantai dengan sendirinya, dan ia bukan cerita rekaan. Selama dua tahun selepas kehilangan kemaluannya, MacDonald merasakan hidupnya seperti tiada apa-apa lagi. Sehingga lah kemudiannya dia dirujuk ke Profesor David Ralph. Walaupun dia masih belum melakukan pembedahan untuk memindahkan zakarnya itu daripada lengan ke bahagian bawah, diharap pembedahan itu dapat dilakukan dalam masa terdekat dan dengan jayanya. 

KATALAKI: Semakin menarik dunia perubatan sekarang. Hilang kemaluan pun mampu untuk tumbuhkannya semula…

Last modified: 13 August 2020