Hinterkaifeck Murders – 1 Keluarga Dibunuh Dengan Tragis!

Sembang

Pada petang 31 March 1922, 6 sekeluarga telah dibunuh dengan tragis dengan menggunakan cangkul di sebuah ladang milik mereka. Kes ini masih lagi menjadi tanda tanya dan tidak dapat diselesaikan sehingga hari ini. Apa yang sebenarnya yang telah berlaku?

Kejadian ini berlaku di sebuah pekan kecil yang terletak berdekatan dengan Munich, German. Beberapa hari sebelum pembunuhan ini berlaku, ketua keluarga ini iaitu Andreas Grueber telah memberitahu kepada jiran-jiran yang berhampiran bahawa dia telah menjumpai beberapa tapak kaki disekitar ladangnya dan kesan tersebut dilihat terus ke hutan yang berada dibelakang ladangnya.

Tapi yang peliknya tapak kaki tersebut cuma satu hala sahaja. Iaitu dari ladang mereka terus ke hutan dan tiada kesan tapak kaki menunjukan tapak kaki tersebut patah balik ke ladang mereka. Kunci ladang dan rumah mereka dikatakan turut hilang beberapa kali sebelum pembunuhan ini berlaku.

Enam bulan sebelum kejadian ini berlaku, bekas pembantu rumah mereka telah berhenti bekerja setelah dia menyatakan yang dia takut dan percaya ladang ini berhantu. Pada hari kejadian pembunuhan ini berlaku, mereka baru sahaja menerima pembantu rumah yang baru tapi malangnya pembantu rumah tersebut turut dibunuh pada malam harinya.

Keluarga ini juga dikatakan bukanlah sebuah keluarga normal. Jiran-jiran menyatakan yang Andreas jarang bertegur siapa dengan jiran-jiran dan dia juga dikatakan seorang yang panas baran. Dia selalu dilihat menengking isterinya iaitu Cazilia.

Dia juga sangat tegas dan melarang anak perempuannya iaitu Viktoria daripada keluar keluar daripada kawasan ladangnya. Ada jiran-jiran yang percaya Andreas ada hubungan terlarang dengan anak perempuannya ini dan disebabkan itu dia dilihat sangat mengongkong Viktoria dan tidak membenarkannya berkahwin lagi.

Pembantu rumahnya sebelum ini iaitu Maria pernah memberitahu tahu Andreas dan isterinya bahawa dia selalu mendengar bunyi tapak kaki sedang berjalan ketika waktu malam dan sering terjaga disebabkan bunyi tersebut. Disebabkan tidak tahan dengan gangguan tersebut, Maria mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan keluar daripada ladang tersebut.

Kes pembunuhan yang diberi nama Hinterkaifeck Murder ini telah meragut enam nyawa. antara yang telah terkorban adalah Andreas dan isterinya yang ketika itu berumur 63 dan 72 tahun. Viktoria berumur 35 tahun, dua anak Andreas yang masih kecil iaitu Josef dan Cazilia yang berumur 2 dan 7 tahun dan yang terakhir sekali pembantu rumah terbarunya iaitu Maria yang berumur 44 tahun ketika itu.

Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang berlaku pada malam tersebut tapi yang pastinya pembunuh tersebut telah mengumpan ahli keluarga Andreas ke bangsal mereka seorang demi seorang untuk dibunuh. Hanya dua orang mangsa sahaja yang dibunuh di dalam rumah mereka iaitu anak lelaki mereka Josef dan juga pembantu rumah baru mereka iaitu Maria.

Menurut laporan autopsi yang dijalankan oleh Dr. Johnn Baptist, muka Andreas telah dipukul dengan teruk sehinggakan tulang pipinya terkeluar daripada mukanya. Isterinya, Cazilia pula dikatakan telah dicekik dan telah menerima 7 hentakan yang kuat pada kepalanya sehinggakan tengkoraknya retak.

Viktoria pula dikatakan telah dipukul beberapa kali dibahagian kepala dan terdapat kesan luka berbentuk seperti bintang disekitar kepalanya. Boleh dikatakan semua orang yang tinggal dalam ladang tersebut telah dibunuh dengan cara yang sangat kejam.

Laporan turut menyatakan yang pembunuh tersebut tidak terus melarikan diri selepas melakukan pembunuhan tersebut. Dia dikatakan telah tinggal di rumah mangsanya lebih kurang empat hari kerana jiran-jiran masih baloh melihat ada asap yang keluar daripada serombong rumah mereka.

Haiwan-haiwan ternakan diladang tersebut juga telah diberikan makan secukupnya dan pembunuh tersebut juga dikatakan turut sempat memerah susu lembu yang berada di ladang tersebut. Pembunuh tersebut telah menjadikan rumah mangsanya seperti rumahnya sendiri.

Pada 4 April 1922, jiran-jiran telah menjumpai mayat seluruh keluarga ini setelah mereka mengambil keputusan untuk menjenguk keluarga Andreas setelah anaknya Cizilia dikatakan tidak hadir ke sekolah selama 4 hari. Apa yang mereka jumpa di ladang tersebut tidak boleh digambarkan dengan perkataan.

Pada mulanya pihak polis cuba mengaitkan kes ini dengan kes rompakan namun mereka terpaksa melupakan motif tersebut kerana wang-wang yang disimpan oleh keluarga Andreas langsung tidak diusik. Pembantu rumah mereka sebelum ini turut disoal siasat namun tiada bukti yang dapat mengaitkan dia dengan kes pembunuhan kejam ini.

Pada tahun 1923, ladang ini telah dibakar disebabkan peristiwa-peristiwa ganjil yang berlaku disitu. Jadi apa yang sebenarnya yang berlaku pada keluarga Andreas? Adakah dia sekeluarga sememangnya dibunuh ataupun ada benda yang lebih misteri dan mistik yang berlaku pada mereka sekeluarga?

KATALAKI: Sebuah filem yang bertajuk Hinter Kaifeck telah di tayangkan pada tahun 2009 dan dikatakan mengambil inspirasi daripada kes pembunuhan kejam ini.

Last modified: 2 August 2019