HONOR 20 LITE – Smartphone 3 Camera Belakang 24 Megapixel!

Gadget, Tech

Minggu ini pihak HONOR telah melancarkan smartphone midrange terbaru mereka yang diberi nama HONOR 20 Lite. Smartphone ini nampaknya mengfokuskan kepada pretasi camera yang mempunyai feature triple rear camera dan selfie camera sebesar 32 megapixel.

Dengan triple rear camera sebesar 24 megapixel f/1.8 wideaperture lens dan Quadra CFA sensor, gambar yang terhasil dengan menggunakan HONOR 20 Lite ini mampu menangkap gambar dengan warna yang lebih jelas tapi juga mampu menghasilkan night mode picture dan lowlight picture yang lebih terang dan lebih smooth.

HONOR 20 Lite juga mempunyai fungsi 120degree ultrawide angle lens yang biasa kita lihat pada smartphone premium. Dengan adanya fungsi ini, korang mampu menangkap gambar secara menyeluruh tidak kira dimana sahaja korang berada.

Untuk memantapkan lagi fungsi yang terdapat pada HONOR 20 Lite, HONOR telah meletakkan feature Super Night Shoot mode yang mampu menghasilkan night mode picture yang jelas tanpa menggunakan tripod dan dengan builtin AI beauty algorithms, camera HONOR 20 Lite mampu mengenal 22 jenis object dan lebih 500 scenarios yang mana mampu membantu korang menghasilkan gambar professionalgrade photographs dengan mudah.

Bagi camera hadapan pula, HONOR meletakan camera sebesar 32 megapixel dan gambar yang dihasilkan menggunakan camera hadapan ini tidak akan pecah walaupun korang convert gambar ini kepada poster bersaiz 2.3 x 1.7 meter! Camera hadapan ini diletakan pada dewdrop notch yang berada pada bahagian atas tengah screen.

HONOR 20 Lite ini mempunyai screen sebesar 6.21 inci FullHD display dengan 16.7 juta warna dan 415 PPI. Dengan menampilkan notch jenis dewdrop, HONOR 20 Lite mampu mempunyai lebih daripada 90% screentobody ratio.

Untuk bahagian spec dalaman, HONOR 20 Lite mempunyai Kirin 710 octacore dengan RAM sebesar 4G dan 128GB storage. HONOR 20 Lite juga dilihat menggunakan EMUI 9.0 sebagai interface yang dipandukan pada Android 9.0.

Terdapat dua warna yang boleh dipilih iaitu Phantom Blue dan jugak Phantom Red yang mana bagi aku kedua-duanya mempunyai warna yang sangat menawan. HONOR 20 Lite akan mula dijual pada 24 April 2019 dengan harga yang sangat menarik iaitu RM949 sahaja.

  • Screen: 6.21 Inci (90% Screen-To-Body Ratio)
  • Chipset: Hisilicon Kirin 710
  • RAM: 4GB
  • Storage: 128GB
  • Rear Camera: 24MP, 8MP & 2MP
  • Front Camera: 32MP

 

ONZ

  • Warna yang menarik
  • Triple rear camera
  • Harga bawah RM1000

 

TAK ONZ

  • Tak ada feature fast charging
  • RAM lebih kecil berbanding dengan HONOR 8X (6GB) tapi lagi mahal
  • Battery lebih kecil dari HONOR 8X

 

KATALAKI: Sejak pakai Vivo V15 Pro warna merah, aku dah mula berkenan pulak dengan smartphone yang ada warna yang sama. So kalau aku, aku akan pilih HONOR 20 Lite Phantom Red hehehe!

Last modified: 18 April 2019