Hotel Robot AliBaba? – Ini Yang Korang Patut Tahu

Gadget, Tech

Syarikat e-commerce gergasi China, Alibaba telah membuka sebuah hotel yang diberi nama Flyzoo Hotel di Hangzhou daerah Zhejiang. Tapi apa yang menariknya hotel ni? Ada zoo dalam hotel ke? Yelah sebab nama dia perkataan Zoo kan.

Hotel Futuristik Pertama!

Kalau korang nak tahu, Hotel Flyzoo boleh dikatakan hotel futuristic pertama yang ada dalam dunia sekarang bro. Hotel ini dilengkapi dengan teknologi yang sangat canggih yang tak terdapat pada hotel-hotel ditempat lain.

Pengunjung jugak tak perlu nak check in dekat kaunter atau di mesin, mereka hanya perlu terus ke bilik mereka dan mereka akan mendapat akses untuk masuk kedalam bilik menggunakan facial recognition scan system sahaja.

Pelayan Robotik

Disekitar hotel ini jugak terdapat robot yang mana akan membantu pengunjung dengan menggunakan recorded voice messages. Mereka yang tinggal di hotel ini jugak boleh control suhu bilik, lampu dan segala kelengkapan yang ada didalam bilik mereka menggunakan voice activated technology.

Salah satu gadget yang terdapat pada hotel ini adalah Tmall Genie, sebuah smart speaker seperti Alexa. Ianya mampu melakukan apa-apa tugasan yang diberi oleh pengunjung hotel seperti memesan barangan dan juga room services macam menukar channel tv dan menutup langsir.

CEO Flyzoo Hotel berkata yang AI System ini mampu untuk improve lagi pengurusan hotel dan juga mempu mengurangkan pengambilan tenaga kerja. Selain itu ianya juga membantu untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada setiap pengunjung Flyzoo Hotel.

Kalau ada barang-barang ataupun perabut di hotel yang korang minat, korang boleh membeli barang-barang tersebut menggunakan app khusus dengan hanya menangkap gambar barang yang korang korang minat tu.

Aku harap satu hari nanti dapatlah aku pergi hotel ni. Nak merasa jugak macam mana rasanya stay dalam hotel yang dikeliling robot!

KATALAKI: AliBaba tak nak bukak Flyzoo Hotel jugak dekat Malaysia ke??

Last modified: 4 January 2019