Hotel Terbesar Di Dunia Akan Ada Di Makkah?

Sembang

Korang tahu tak yang First World Hotel yang terletak di Genting Highland, Pahang pernah tersenarai sebagai hotel paling besar sebanyak dua kali dalam Guinness World Book of Record? Tapi takhta tersebut telah pun diambil oleh hotel The Izmailovo yang terletak di Moscov, Rusia.

Tapi title tersebut berkemungkinan akan diambil oleh hotel lain iaitu hotel Abraj Kudai yang terletak di Mekkah, Arab Saudi. Hotel yang dijangka akan siap pada akhir tahun ini ataupun tahun 2020 dikatakan bakal mempunyai 10,000 bilik yang mana akan mengalahkan hotel The Izmailovo yang cuma memiliki 7,500 bilik.

Hotel Abraj Kudai ini juga akan mempunyai 12 buah menara, 70 restoran mewah, convention hall dan juga helipad yang mana akan diletakkan di atas bumbung hotel ini. Hotel yang terletak berdekatan dengan Masjidil Haram ini mempunyai keluasan 1.4 juta meter persegi.

Dengan memakan belanja sebanyak USD3.5 billion, hotel Abraj Kudai ini sudah tentunya akan menjadi pilihan bagi mereka yang mencari tempat tinggal apabila mereka mengerjakan haji nanti. Lima tingkat yang terdapat pada hotel ini juga dikatakan akan dikhaskan untuk kaum kerabat pemerintah Arab Saudi sahaja.

Selain daripada itu, 10 daripada 12 buah menara ini dikatakan akan menyediakan kemudahan dan penginapan bertaraf 4 bintang sahaja manakala 2 lagi buah menara akan menyediakan kemudahan dan penginapan bertaraf 5 bintang yang mana khas untuk tetamu istimewa sahaja.

Selain daripada hotel Abraj Kudai, Mekkah juga mempunyai bangunan Abraj Al Bait yang mempunyai Makkah Royal Clock Tower dan telah memegang rekod bangunan ketiga tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa dan Shanghai Tower.

Walaupun hotel ini bakal menjadi hotel terbesar di dunia, banyak masyarakat termasuklah orang Arab Saudi sendiri yang tidak bersetuju dengan pembinaan hotel ini. Rata-rata mereka menyatakan dengan terbinanya hotel ini, ia akan menenggelamkan pemandangan Kaabah.

Tambahan lagi, pembinaan hotel ini telah diberikan kepada syarikat Bin Laden Group yang mana merupakan syarikat yang bertanggungjawab dengan kejadian kren yang telah terjatuh dan menghempap jemaah yang sedang menunaikan ibadah di Masjidil Haram. Ini telah mengakibatkan kematian lebih daripada 107 orang jemaah yang mana 7 daripada jemaah tersebut merupakan jemaah daripada Malaysia.

KATALAKI: Daripada tempat beribadah, dah jadi tempat bercuti pula nampaknya. haihhhh….

Last modified: 31 October 2019