How to: Cara Record Gameplay Dekat PC!

Gadget, Tech

Zaman sekarang untuk menjadi seorang gaming content creator, ramai yang mengambil jalan untuk livestream sahaja gaming content dorang di social media dan pelbagai platform seperti Youtube, Twitch dan juga Facebook.

Tapi bukan semua orang suka untuk livestream. Ada lagi diantara gaming content creator yang lebih prefer untuk record video gameplay dorang, edit dan kemudiannya upload di platform media tadi. Bagi korang yang baru bercita-cita nak buat gaming content juga, aku nak share bagaimana caranya korang nak record gameplay korang daripada PC.

Untuk PC, aku lebih prefer kalau menggunakan 3rd party software untuk merakam gameplay berbanding menggunakan screen record software yang disediakan dalam komputer atau laptop yang menggunakan Windows 10. Software yang aku rasa paling senang untuk digunakan adalah software OBS atau nama penuh dia Open Broadcaster Software.

OBS ini percuma sahaja dan sangat mudah untuk digunakan. Korang bukan sahaja boleh merakam gameplay korang, tapi korang juga boleh setup untuk digunakan semasa livestream di semua platform. Aku akan ajar step-step mudah untuk korang gunakan software OBS ini.

1. DOWNLOAD OBS

Macam yang aku katakan, OBS ini percuma sahaja. Korang boleh download OBS ini untuk Windows, Mac dan juga LINUX. Untuk Windows, OBS boleh digunakan untuk Windows 7, Windows 8, Windows 8.1 dan juga Windows 10 sahaja. Mula-mula korang download OBS dekat SINI.

2. SETUP OBS

Selepas korang dah download dan dah install OBS pada komputer korang, korang terus buka game yang korang rakam tadi tapi pastikan korang jangan bagi game tersebut full screen. Pastikan dia dalam setting Windows supaya senang korang nak setup korang punya OBS.

Selepas dah buka game yang korang nak rakam, pergi semula dekat OBS dan dibahagian bawah OBS tersebut korang akan nampak bahagian Scene. Klik simbol + dan setkan Scene baru korang sebagai RECORD supaya senang korang nak bezakan nanti.

Kemudian disebelah bahagian Scene tadi, korang akan nampak bahagian Sources pula. Sama macam yang kita buat dekat bahagian Scene tadi, korang perlu tekan simbol + yang terdapat pada bahagian Source dan pilih Windows Capture. Selepas itu cari Windows untuk game yang korang dah pilih tadi.

Selesai sahaja korang pilih Windows untuk game yang korang nak rakam, korang dah boleh mula record korang punya gameplay. Dibahagian kanan sekali korang akan nampak bahagian Control dan dibawah dia korang akan nampak Start Recording. Kalau dah bersedia, korang tekan sahaja Start Recording dan SETTLE!

Dah habis record gameplay game yang korang pilih tadi, bolehlah korang ambik footage tersebut dan edit bagi nampak menarik dan upload dekat Youtube. Tak adalah susah mana pun nak record gameplay dekat PC sebenarnya. Harap-harap article ini dapat membantu korang!

KATALAKI: Lepas ini bolehlah korang jadi top Gaming Youtuber macam Pewdiepie hahahaha!

Last modified: 11 July 2019