How To Train Your Dragon 3 – Movie Review, Ada Spoilers

Sembang

So haritu aku pi tengok installment ketiga daripada franchise How To Train Your Dragon ni yang bertajuk How To Train Your Dragon 3: The Hidden World, dan dalam artikel ni aku akan kongsi dengan hampa pendapat aku tentang filem ni. Aku nak habaq awai-awai, dalam cerita ni takdak satu pun tren, jadi peminat-peminat keretapi boleh berhenti baca sekarang.

Sinopsis

How To Train Your Dragon 3: The Hidden World mengikuti hero kita selama ini, Hiccup bersama naganya Toothless lebih kurang setahun selepas movie kedua dalam siri ni berakhir. Hiccup dan geng-nya meneruskan misi mereka mencari dan menyelamatkan naga-naga yang telah ditangkap oleh orang jahat dan membawa naga-naga  itu kembali ke kampung mereka, Berk. Tapi kerana mereka telah berjaya membawa pulang begitu banyak naga, Berk menjadi tempat yang terlalu penuh dengan naga, sehingga Hiccup mula berfikir tentang mencari sebuah tempat misteri yang merupakan tempat asal semua naga yang mendiang ayahnya panggil The Hidden World. Sementara itu, orang jahat yang dah naik meluat dengan Hiccup dan geng-nya yang asyik menyelamatkan naga-naga hasil tangkapan mereka meminta pertolongan pemburu naga terulung Grimmel The Grisly untuk memburu Toothless, dan memberinya naga Fury betina sebagai hadiah.

Pada akhir filem animasi ini, Fury betina itu (yang Hiccup memanggil Light Fury) menjalin hubungan dengan Toothless dan membawanya ke The Hidden World, dimana Toothless menjadi raja semua naga disitu. Toothless dan Hiccup berjaya menewaskan Grimmel dan membebaskan semua naga tangkapannya serta semua naga yang mendiami Berk untuk pergi mengikuti Toothless ke The Hidden World. Hiccup juga akhirnya kahwin dengan teman wanitanya, Astrid, dan penduduk-penduduk Berk jumpa kampung yang baru di sebuah pulau yang nyaman.

Positif

Aku suka part-part dimana Hiccup flashback ke masa dia kecil dan berinteraksi dengan ayahnya, Stoick. Setiap kali flashback begitu berlaku, aku sentiasa rasa macam nostalgik kepada movie-movie sebelum ni dalam siri How To Train Your Dragon, dan aku dapat rasa emosi yang Hiccup rasa rindu terhadap Stoick serta kasih sayang seorang ayah terhadap anak dan isterinya. Ada satu part ni dimana Hiccup yang kecil turun ke ruang tamu rumah depa dan terserempak ayahnya sedang menangis mengenang ibunya, dan bila ditanya sama ada ayahnya akan mendapatkan ibu yang baru untuk Hiccup, Stoick cakap yang ibunya ialah satu-satunya wanita di dalam hidupnya. Scene tu berjaya buat air mata aku bergenang, dan aku jadi rindu kepada karakter Stoick pada ketika itu.

Aku juga suka yang filem ketiga daripada trilogi ni berjaya menonjolkan perwatakan setiap watak dalam filem ni. Aku dapat rasa yang setiap watak ada perangai yang unik dan menarik untuk ditonton diatas skrin. Tuffnut dan Ruffnut in particular menonjol sebagai pembawa elemen kelakar di dalam filem ni, dan aku gembira bila mereka dapat peranan yang agak prominent di dalam filem ni. Snotlout juga memberi sesuatu yang menarik untuk diikuti, bila dia berminat dengan ibu Hiccup, Valka. Jadi aku rasa kebolehan filem ni menonjolkan watak yang menarik boleh dipuji.

Negatif

Aku rasa filem ni ialah filem yang paling lemah di dalam trilogi How To Train Your Dragon, terutamanya dari segi penceritaan. Sepanjang filem ni, aku rasa macam pembikin filem taktaw cerita apa yang depa nak ceritakan sebenarnya, macam depa takdak fokus. Cara yang paling terserlah ketidak-pastian ni ditonjolkan ialah dengan tujuan utama Hiccup menjalankan misi-misi dia. Sat dia nak bebaskan sebanyak mungkin naga daripada ditangkap orang jahat, sat dia nak bercinta dengan Astrid, sat dia nak cari The Hidden Worldsat dia nak tolong Toothless bercinta dengan Light Fury, sat dia nak kalahkan Grimmel. Jadi aku rasa macam penceritaan dalam movie ni kurang konsisten dan tidak mempunyai fokus yang cukup kukuh untuk aku kekal berminat tentang apa yang sedang berlaku diatas skrin sepanjang movie.

Aku juga rasa yang filem ni tak mempergunakan watak Valka sebaiknya. Valka tampak seperti seorang yang gagah, bijak dan berkarisma (ditambah pula dia disuarakan oleh Cate Blanchett), tapi peranan dia dalam filem teramatlah kecil. Aku rasa macam rugi bila ada watak sepertinya di dalam filem ni, tapi diberi masa diatas skrin teramatlah sedikit. Dia punya peranan dalam hidup Hiccup juga nampak macam dikecil-kecilkan, seolah-olah beliau bukanlah seorang yang begitu penting didalam hidup Hiccup pun sebenarnya. Aku sebagai penonton agak hampa dengan kegagalan pembikin filem ini untuk memberi Valka peranan yang lebih penting di dalam filem ini.

Minat Toothless terhadap Light Fury pula aku rasa macam kurang dijelaskan. Kita hanya diberitahu diatas skrin yang Toothless jatuh cinta dengan Light Fury, tapi Light Fury tu sendiri tak mempunyai perwatakan apa-apa pun selain daripada menjadi seekor naga yang “cantik” dan berkebolehan menjadi halimunan. Ya, Light Fury tu ialah satu-satunya Night Fury betina yang wujud, tapi aku rasa macam akan jadi lagi menarik kalau dia diberi perwatakan yang lebih menarik, supaya aku sebagai penonton diberi peluang untuk jatuh cinta dengannya juga, sepertimana aku telah jatuh cinta dengan Toothless sebagai naga yang goofy dan baik hati.

Kesimpulan

Aku rasa kurang puas hati dengan filem ni, terutamanya sebagai orang yang telah mengikuti filem-filem How To Train Your Dragon yang sebelum-sebelum ni. Aku mempunyai harapan yang tinggi, dan pembikin filem telah menghidangkan kepada penonton sebuah filem yang, pada pendapat aku, below average. Filem ni terlalu mencuba untuk menceritakan banyak cerita sekaligus sehingga aku rasa kurang puas hati dengan semua subplot yang diberi. Sangat senang untuk aku terasa bosan ketika filem ini berjalan, dan aku tidak invested dalam perjalanan Hiccup sebagai watak utama, sehingga bila dia akhirnya kahwin pun aku rasa macam, “okayja. Aku rasa moral cerita ni ialah: kalau kita cintai sesuatu, kita patut lepaskannya. Dalam aku rasa macam pembuat filem ni betul-betul telah melepaskan standard tinggi yang mereka ada dalam filem-filem sebelumnya.

Rating: C-

KATALAKI: Kalau ada movie ke-4 harap-harap toothless dah beranak-pinak la kot…

Last modified: 31 January 2019