HP Elite Dragonfly – Laptop Paling Ringan!

Gadget, Tech

Hari ini pihak HP Inc. Malaysia telah memperkenalkan laptop terbaru mereka yang diberi nama HP Elite Dragonfly! HP menyatakan HP Elite Dragonfly ini merupakan the lightest compact business convertible laptop pertama yang dikeluarkan oleh mereka.

HP Inc. Malaysia juga memperkenalkan HP Spectre X360 yang mana telah ditambahbaik berbanding laptop yang sama yang dikeluarkan pada tahun lepas. HP Spectre X360 ini dikatakan adalah laptop paling kecil yang pernah dikeluarkan oleh pihak HP Inc. Malaysia.

Dengan HP Elite Dragonfly, HP Inc. Malaysia mengfokuskan kepada mereka yang berkerja atau menguruskan perniagaan mereka dimana-mana sahaja. HP Elite Dragonfly ini cuma seberat 1 kilogram sahaja dan memberikan jangka hayat battery sehingga 24.5 jam untuk sekali charge. Ini memudahkan pengguna untuk bergerak dan melakukan kerja dimana sahaja yang mereka mahu.

Laptop ini juga menampilkan screen-to-body ratio tertinggi yang terdapat pada laptop bersaiz 13 inci iaitu sebesar 86 peratus dan boleh diubah menjadi tablet dengan mudah. Untuk bahagian spec pula, HP Elite Dragonfly ini dilengkapi dengan processor 8th Generation Intel Core i7 dan Intel UHD Graphic 620.

Bagi bahagian RAM pula, HP Elite Dragonfly ini menggunakan RAM sebesar 512GB Intel PCle NVMe SSD dengan 32GB Intel Optane Memory H10. Hanya terdapat satu warna sahaja untuk HP Elite Dragonfly ini iaitu warna Dragonfly Blue. Laptop ini telah pun boleh dibeli pada harga bermula RM6,500.

Untuk HP Spectre X360 pula, saiz laptop ini telah dikurangkan sebanyak 13 peratus berbanding laptop sama yang dikeluarkan pada tahun lepas. Screen-to-body ratio bagi laptop ini pula adalah sebesar 90 peratus. Pengguna juga tidak perlu risau tentang battery kerana HP Spectre X360 ini boleh digunakan sehingga 22.5 jam untuk sekali charge.

Battery habis dan korang perlu keluar dengan kadar segera? Tak perlu bimbang sebab HP Spectre X360 ini didatangkan dengan fungsi HP Fast Charge yang yang mana cuma mengambil masa 30 minit sahaja untuk mendapatkan 50 peratus kuasa.

Untuk bahagian spec pula, HP Spectre X360 didatangkan dengan Windows 10 bersama-sama dengan fungsi Windows Hello. Dengan menggunakan 10th Gen Intel Core processor, ia telah memberikan laptop HP Spectre X360 ini performance yang lebih mantap ketika digunakan untuk membuat kerja mahupun digunakan sebagai entertainment system.

Untuk bahagian RAM pula, HP Spectre X360 ini menggunakan RAM sehingga 16GB dan dan storage sebesar 2TB! Intel Iris Plus intergrated graphic telah digunakan bagi memastikan laptop ini dapat handle graphic yang sesuai. Bagi memastikan laptop HP Spectre X360 ini memberikan privacy yang mantap, ia turut disertakan dengan feature Webcam Kill Switch dengan hanya menekan satu button sahaja. Jadi lepas ini korang tak perlu lagi nak letak sticker pada bahagian webcam laptop korang hahaha!

Tidak dilupakan, dengan hanya menekan butang F1, korang boleh mengaktifkan HP Sure View Intergrated Privacy Screen bagi menghalang orang lain melihat apa yang berada pada screen laptop HP Spectre X360 korang.

Untuk memastikan laptop ini juga tahan lasak, Corning Gorilla Glass NBT telah digunakan untuk menghalang laptop HP Spectre X360 korang calar dan memberikan protection yang lebih mantap berbanding laptop seumpamanya. Laptop ini juga mempunyai feature Fingerprint reader bagi memudahkan korang unlock laptop korang. Tak perlu nak taip password lagi lepas ini!

Terdapat tiga warna yang korang boleh pilih untuk laptop HP Spectre X360 ini iaitu warna Nightfall Black with Copper Luxe Accents, Natural Silver dan juga Poseidon Blue with Pale Brass Accents. Laptop ini dijual pada harga bemula RM5,499 sahaja.

KATALAKI: Kalau korang berkerja sebagai writer, laptop HP Elite Dragonfly tu memang sesuai dengan korang!

Last modified: 29 November 2019