Huawei Mate 30 Pro Tiada Sokongan Google?

Gadget, Tech

Setelah lama menunggu, akhirnya Huawei telah memperkenalkan secara rasmi smartphone terbaru dorang iaitu Huawei Mate 30 Pro. Walaupun smartphone Huawei Mate 30 Pro ini mempunyai spec yang menarik, ianya mempunyai satu kekurangan iaitu tidak mempunyai sokongan Google!

Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, mari kita tengok dahulu spec yang dorang tawarkan pada smartphone Huawei Mate 30 Pro ini. Kalau korang tengok pada rekaan smartphone ini, memang boleh nampak yang ia mempunyai rekaan yang sangat lawa dan nampak premium.

Screen yang diletakkan pada smartphone Huawei Mate 30 Pro ini adalah sebesar 6.53 inci. Screen pada smartphone ini juga nampaknya mempunyai rekaan curves pada bahagian tepi yang dinamakan sebagai Horizon Display dan ini akan membuatkan korang teringat pada smartphone Samsung Galaxy S7 Edge.

Pada bahagian belakang smartphone ini diperbuat daripada kaca dan didatangkan dengan empat warna iaitu Space Silver, Cosmic Purple, Emerald Green dan juga Black. Smartphone Huawei Mate 30 Pro ini juga nampaknya akan didatangkan leather version dengan dua warna iaitu Orange dan Forest Green.

Untuk bahagian processor, Huawei Mate 30 Pro ini menggunakan HiSilicon Kirin 990. RAM yang diletakan pada smartphone ini pula adalah sebesar 8GB RAM dan mempunyai storage sebesar 128GB. Huawei Mate 30 Pro ini akan menggunakan Android 10 dan juga EMUI10.

Pada bahagian belakang smartphone Huawei Mate 30 Pro ini, terdapat triple rear camera setup yang sebesar 40 Megapixel (Wide Angle) + 40 Megapixel (UltraWide) + 8 Megapixel (Telephoto). Manakala untuk camera bahagian hadapan pula, Huawei meletakkan camera sebesar 32 Megapixel. Ia juga mempunyai battery yang agak besar iaitu 4,500mAh.

Ok spec untuk smarpthone ini pun aku dah cerita, kita berbalik kembali dengan masalah smartphone Huawei Mate 30 Pro yang tidak akan mempunyai sokongan Google ini. Perlu dingatkan smartphone ini tidak akan mempunyai Play Store, Gmail, Google Maps mahupun Google Search di dalamnya.

Sebaliknya Huawei Mate 30 Pro ini kemungkinan besar akan didatangkan Huawei App Gallery sendiri untuk korang download ataupun update aplikasi yang ada pada smartphone korang. Ini semua disebabkan oleh larangan untuk menggunakan Android yang pernah dikeluarkan sebelum ini sebelum larangan tersebut ditarik balik.

Bila tiada sokongan aplikasi daripada Google, smartphone Huawei Mate 30 Pro ini berkemungkinan besar tidak akan dibeli oleh pengguna kerana bagi peminat smartphone Android, aplikasi-aplikasi yang tiada pada Huawei Mate 30 Pro ini merupakan aplikasi yang sangat penting dan sangat diperlukan pada setiap smartphone Android.

Buat masa ini, masih tiada info bilakah smartphone Huawei Mate 30 Pro ini akan mula dijual di pasaran Malaysia dan berapa harga yang ditawarkan. Namun melihat kepada spec smartphone ini, kemungkinan besar ia akan dijual pada harga USD1,200 ataupun lebih kurang dalam RM5,000+

KATALAKI: Nasib baik aku dah kembali ke Nokia. Android One Bro!

Last modified: 24 September 2019