Huawei Memperkenalkan FreeBuds 3!

Gadget, Tech

Baru-baru ini pihak Huawei telah memperkenalkan satu earphone yang boleh dikatakan antara pencabar untuk Apple Airpods. Earphone yang diperkenalkan ini adalah Huawei FreeBuds 3. Dari segi luaran, design Huawei FreeBuds 3 lebih kurang sama seperti Apple Airpods.

Walaupun mempunyai design yang sama, Huawei FreeBuds 3 mempunyai beberapa feature yang lebih bagus daripada Apple Airpods. Antaranya ia mempunyai Adaptive Noise Cancellation (ANC) yang mana selalunya tidak terdapat pada mana-mana earphone.

Huawei memberitahu yang ANC untuk Huawei FreeBuds 3 ini mampu mengurangkan bunyi sehingga 15-decibel. Tak dilupakan dengan rekaan microphone duct yang diperbaharui ia mampu menghalang bunyi angin walaupun korang tengah bercakap dan travelling 20 kilometer per hour!

Huawei juga telah meletakkan cip terbaru mereka pada Huawei FreeBuds 3 ini iaitu cip Kirin A1. Cip ini dikatakan 5% lebih kecil daripada cip yang pernah digunakan oleh pihak Huawei sebelum ini. Cip ini dengan gabungan Bluetooth 5.1 dan Bluetooth Low Energy 5.1 membolehkan sound transmission yang lebih laju untuk Ultra HD audio quality dan mengurangkan penggunaan kuasa pada Huawei FreeBuds 3 ini.

Bagi penggunaan battery pula, Huawei menyatakan yang Huawei FreeBuds 3 ini mempunyai ketahanan selama empat jam dalam penggunaan berterusan dan tambahan 20 jam yang terdapat pada casing Huawei FreeBuds 3 ini.

Tak dilupakan Huawei juga memberitahu yang Huawei FreeBuds 3 mampu mengecas lebih laju daripada Apple Airpods 2 iaitu sebanyak 50% lebih laju jika ia menggunakan wireless charging. Terdapat dua warna untuk Huawei FreeBuds 3 iaitu warna putih dan hitam. Setakat ini tiada info bila Huawei FreeBuds 3 akan mula dijual dan berapa harga yang akan ditawarkan.

KATALAKI: Adakah lepas ini pengguna iPhone akan start beli Huawei FreeBuds 3?

Last modified: 10 September 2019