Huawei Y7 Pro – Satu lagi Smartphone Bawah RM700!

Gadget, Tech

Nampaknya bukan bulan March sahaja kita dapat tengok kemasukan smartphone harga marhaen dekat pasaran sebab baru-baru ini pihak Huawei telah mengeluarkan entrylevel smartphone yang diberi nama Huawei Y7 Pro.

Smartphone yang dijual pada harga RM649 sahaja ini mempunyai beberapa ciri dan spec yang bagi aku agak berbaloi bagi sebuah entrylevel smartphone. Huawei Y7 Pro ini didatangkan dengan Dewdrop Display seperti Huawei Mate 20 dan beberapa smartphone jenama lain seperti Realme 2 Pro dan Oppo R17 Pro.

Huawei Y7 Pro ini mempunyai screentobody ratio yang agak besar juga iaitu sebesar 86.7%. Kalau dilihat daripada segi design, Huawei Y7 Pro nampak agak sama dengan Huawei Y9 2019 yang mereka keluarkan tahun lepas. Smartphone ini mempunyai display sebesar 6.26 inci HD+.

Dengan glossy polycarbonate pada bahagian belakang dengan gradient color, Huawei Y7 Pro aku boleh katakan ia tidak nampak seperti sebuah smartphone murah sebab still nampak seperti sebuah premium smartphone.

Untuk bahagian camera pula, Huawei Y7 Pro menampilkan dual rear camera yang sebesar 13 megapixel untuk main camera dan 2 megapixel untuk second camera. Manakala untuk camera hadapan pula yang diletakan pada bahagian dewdrop adalah sebesar 16 megapixel.

Walaupun tidak mempunyai fingerprint scanner pada smartphone ini, Korang still boleh gunakan feature face unlock. Bagi aku, aku lagi suka fingerprint scanner berbanding face unlock. Battery bagi smartphone ini pula adalah sebesar 4,000mAh.

Daripada segi spec pula, Huawei Y7 Pro didatangkan dengan Qualcomm Snapdragon 450 octacore SoC chipset dengan 3GB RAM dan 32GB storage. Korang still boleh expand memory dia sehingga 512GB dengan menggunakan MicroSD.

Satu sahaja yang aku rasa tak berbaloi adalah chipset yang digunakan untuk smartphone ini sebab bagi harga RM649 dengan Qualcomm Snapdragon 450 aku rasa sangat tak berbaloi berbanding entrylevel smartphone yang ada dekat pasaran sekarang. 

KATALAKI: Apa lagi smartphone bawah RM1,000 yang nak keluar bulan ni ek?

Last modified: 10 April 2019