Hujan x Bunkface Bikin Comeback Riot!

Sembang

Sudah menjadi kemestian di negara kita ni dimana muzik ‘indie’ adalah salah satu sumber elemen yang kuat mempengaruhi jiwa anak muda. Antara yang mengerakkan jiwa anak muda tempatan ini tentunya konsert-konsert muzik ‘indie’ yang melibatkan daripada barisan para pemuzik ‘indie’ yang menyampaikan karya yang terbaik daripada yang terbaik.

Mengambil pendekatan semangat ‘rusuhan’ yang sinonim dengan perkataan Riot dimana ianya mengambarkan hura-hara atau rusuhan, rusuhan kali ini adalah rusuhan yang menyenangkan buat para pencinta muzik ‘indie’ tanah air, daripada semagnat ‘Riot’ tersebut juga lah tercetusnya acara konsert Riot Fest yang bakal menjadi salah sebuah acara konsert go-to buat pencinta muzik ‘indie’ tempatan.

Meletakkan dua gergasi kumpulan tempatan yang sudah mempunyai pengaruh dan populariti yang besar serta bilangan peminat yang tersendiri dalam arena muzik indie iaitu Hujan dan Bunkface, para peminat muzik tempatan sudah pasti tidak akan melepaskan kemunculan Riot Fest yang dibawakan oleh Bro Empire Entertainment.

Dengan pemilihan Hujan dan Bunkface sebagai tunjang utama main act untuk konsert Riot Fest, ianya merupakan apreasiasi atas usaha mereka mengangkat muzik generasi baharu yang berkualiti tingg selain menaikkan scene konsert indie tempatan. Dua buah kumpulan ternama ini juga adalah antara punca penggerak muzik ‘indie‘ yang dikenali ramai.

HUJAN BUNKFACE BUAT COMEBACK!

Mengetengahkan tema “Cyber Rock” dengan menyaksikan persembahan yang bakal berdurasi selama tiga jam di antara Hujan dan Bunkface yang bakal membawakan lagu-lagu yang tidak asing lagi dikalang penyokong dan peminat mereka. Dengan penyatuan Hujan dan Bunkface di pentas besar yang sama ini tentunya akan membawa para peminat dua kumpulan gergasi ini kembali kepada konsert Hujan x Bunkface yang pernah dijayakan dalam Gig Triple Play dimana ianya menampilkan Hujan, Bunkface dan kumpulan terkemuka dari Indonesia; Nidji diatas pentas persembahan yang sama. Manakala Hujan mengatakan mereka akan turut membawakan lagu-lagu daripada album terbaharu Hujan “Pelangi Dan Kau” selari dengan rangka promosi album tersebut.

Image via: Thelaki.com.my

BIGGEST INDIE FEST

Menganggarkan sebanyak 20,000 pengunjung daripada lapisan penyokong dan pencinta muzik indie yang bakal memadatkan acara Riot Fest ini nanti, pihak penganjur menyasarkan anjuran Riot Fest ini sebagai festival indie paling terbesar di Malaysia yang menampilkan barisan kumpulan dan pemuzik indie tempatan yang bakal mengegarkan pentas Riot Fest pada 4 April 2020 bertempat di Maeps, Serdang.

COLOR RIOT HURA HARA

Antara acara gimik yang menarik yang bakal ditampilkan pada Riot Fest nanti, pihak penganjur menjanjikan acara Color Riot pada setiap persembahan kumpulan indie yang terpilih dimana para peminat dapat bermoshing bersama dengan semburan tepung berwarna mengikut persembahan kumpulan indie yang ditampilkan di pentas besar Riot Fest.

Selain menampilkan persembahan daripada Hujan dan Bunkface sebagai main act untuk Riot Fest. Kumpulan ‘indie’ ternama seperti Bittersweet, Plague of Happiness, Salam Musik, Toko Kilat, Iqbal M., Venopian Solitude juga akan turut sertai dalam line-up untuk Riot Fest selain menampilkan juga kumpulan terbaharu dalam arena muzik ‘indie’ seperti Gard Wuzgut, Operahaus, Fuze Band, Hacktick, Golden Mammoth, Torque Six dan ramai lagi kumpulan ternama masakini. Tak lupa juga persembahan pembukaan daripada naib juara Anugerah Juara Lagu ke-34; Aman Ra selaku satu-satunya pemuzik bergenre Hip-Hop yang dibawakan di pentas konsert pertama siri Riot Fest ini.

 

View this post on Instagram

 

#Repost @talarecordsasia • • • • • • Panggung Asia Official . ✨GRAB YOUR EARLY BIRD TICKETS✨⁣⁣ ⁣⁣. The hidden cards are all out, so what else are you waiting for?!! 🤯 Gear up to riot down in “Down To Riot” this coming 22nd Feb, at Panggung Asia with these 14 acts in an absolute musical chaos🔥⁣ ⁣⁣. EARLY BIRD TIX will only last until ⚡14th Feb⚡ so head over to the Peatix link in our bio to get yours now for just RM40 – or else, the spirit of FOMO will get ya😜⁣ ⁣. NEW BAND, OLD BAND – FAK WE DON’T CARE! WE JUST SERVE GOOD MUSIC🤘🏻⁣ ⁣⁣. Poster by:⁣ @aditida⁣⁣ Assisted by:⁣ @oahokay⁣⁣ .⁣⁣ .⁣⁣ #downtoriot #riotfest #downthealleyway #broempire #broempireentertainment #disqovr #iqos #paytheticket #musicscene #makeascene #livegig #gig #livemusic #liveevent #localband #localartist #sapotlokal #talarecordsasia #notjustarecordstore

A post shared by RIOT! FEST (@riotmy20) on

KATALAKI: Riot Fest adalah antara festival muzik yang tidak postpone disebabkan…

Last modified: 17 February 2020