Ini Korang Kena Tahu – Ikan Mulut Mirip Manusia?

Sembang

Kita semua mempunyai bibir, bibir boleh dikatakan sebagai antara asset yang memberikan identiti setiap manusia untuk tampak lebih unik dan lain daripada yang lain. Bibir juga antara deria yang sensitif pada tubuh badan kita. Bibir juga datang dalam bermacam-macam bentuk.

Tapi harini kita tak nak sembang pasal bibir manusia, tapi tentang spesies ikan yang mempunyai mulut serta bibir yang mirip manusia. Sekali bila kita tengok gambar ikan ini, nampak macam photoshop atau di edit balik tapi sebalik tidak ya kawan-kawan. Ianya memang adalah sejenis ikan yang wujud.

Pada 2 Julai 2020, seorang penguna Twitter telah mengongsikan dua keping gambar yang boleh dilihatkan sebagai seekor ikan laut namun apa yang unik sekali adalah ianya mempunyai mulut, bibir serta gigi yang dilihat mirip seperti manusia.

Apa yang menarik sekali, menerusi tweet dengan dua keping gambar yang dimuatnaik oleh seorang penguna @raff_nasir. Ikan tersebut ditemui di Malaysia. Ya, MALAYSIA kawan-kawanku!

Dalam tweet perkongsian @raff_nasir tersebut yang dimuatnaik dengan caption “bibir dia lagi seksi dari aku”. Perkongsian gambar tersebut telah menjana lebih 768 komen serta 8.6 ribu jumlah retweets serta 14.5 ribu likes.

Ramai netizen yang memberikan pandangan dan komen mereka tentang ikan yang jarang kita dapat lihat dimana-mana. Ramai yang freak-out dengan kewujudan spesies ataupun jenis ikan yang nak pelik dimata manusia. Selain itu kebanyakkan para netizen di Twitter turut memuat naik gambar-gambar spesies ikan yang wujud dengan jenis mulut dan bibir kelihatan seperti manusia dan juga ikan-ikan yang berwarna-warni.

Apa yang unik sekali selain gambar ikan dengan bibir seakan-akan manusia ini, hasil tweet yang dimuatnaik oleh Raff Nasir berjaya menarik perhatian ramai netizen antarabangsa, bukan sahaja di Malaysia. Malah, terdapat beberapa portal ternama antarabangsa seperti Cnet, Mashable, Apple News, NY Post yang juga turut sama-sama berkongsikan tweet dan pandangan mereka terhadap spesies ikan yang unik ini.

IKAN TRIGGERFISH!

Selepas ramai yang yang memberikan komen mereka, rupa-rupanya ikan yang telah diviralkan tersebut memang benar-benar wujud di dunia kita. Ikan tersebut sebenarnya merupakan ikan yang kenali sebagai spesies Triggerfish.

Terdapat lebih 40 jenis spesies daripada keluarga Triggerfish ini yang selalunya mempunyai warna-warni yang terang yang juga mempunyai kaitan yang rapat dengan spesies ikan jenis Balistidae. Kebanyakkan ikan daripada spesies Triggerfish ini selalunya mempunyai corak tompok-tompok serta garisan dibadan dan sisik selain daripada warna-warni. Boleh dikatakan ikan ini adalah sejenis ikan yang colorful lah.

Habitat ikan Triggerfish ini juga selalunya akan membiak di lautan tropika dan subtropika di seluruh dunia. Rupanya ikan ini tidaklah rare sangat sebab ianya senang untuk dijumpai, cuma jarang sekali kita ketemu ikan yang mempunyai features yang unik dan pelik seperti Triggerfish ini.

Sebilangan besar spesies Triggerfish ini juga boleh dijumpai di habitat pesisir yang agak dangkal, terutama di terumbu karang atau coral reef, tetapi sebilangan kecil, seperti triggerfish laut spesies Canthidermis maculata, adalah pelagik manakala sebahagian besar daripada keturun triggerfish ini sangat popular dikalangan perniagaan penternakan akuarium laut.

KATALAKI: Pelik tapi rare, harap-harap kita semua dapat la jaga spesies camni daripada terpupus begitu saja kan?

Last modified: 16 July 2020