Iklan² TV Seram Yang Akan Menghantui Korang!

Sembang, ZAP, ZeKool

Biasanya iklan-iklan TV ni dihasilkan untuk mempromosikan produk dengan cara memaparkan benda-benda yang baik tentang produk tu sampai kita ni rasa yakin nak beli. Ada juga iklan-iklan TV pesanan khidmat masyarakat yang mampu buat kita menangis sebab sedih sangat atau rasa lucu kalau kelakar sangat, dan rasa nak berubah sebab menginsafkan. Biasa musim perayaan, iklan dari Petronas lah yang paling ditunggu-tunggu oleh orang ramai sebab sering memaparkan kisah yang memukau penonton. Tapi ada juga iklan-iklan yang dihasilkan agak menakutkan untuk tontonan umum. Siap ada yang boleh buat orang tak tidur malam! So jom kita tengok apa iklan yang menyeramkan tu sampai mampu menghantui korang.

‘I EAT LITTLE BABIES’

Iklan jenama aiskrim ‘Little Baby’ ni dihasilkan pada tahun 2012. Kalau iklan ni dimainkan tanpa memberitahu sebenarnya dia nak promote aiskrim, mesti orang dah ingat ni iklan teaser untuk siri American Horror Story. Sepatutnya iklan untuk mempromosi barang mesti lah membuatkan orang senang dengan produk tu, tapi yang ni terbalik pula. Ia dikatakan telah membuatkan ramai orang yang rasa tak selesa dan rasa seram bila tengok iklan ni. Iklan itu memaparkan seorang wanita memakan aiskrim yang diceduk dari kepala (nampak macam lelaki, tapi sebenarnya perempuan). Semakin lama iklan tu berjalan, semakin besar mata wanita itu yang memandang tepat ke kamera. Kalau korang tertanya-tanya apa yang dia ceduk dari kepala dia tu, sebenarnya ia adalah marshmallow cream fluff. So tu bukan aiskrim lah. 

PATUNG BAYI KETAWA MACAM SYAITAN

Iklan ni agak straight forward dia punya seram. Siapa je suka dengar suara bayi atau kanak-kanak ketawa tengah malam. Iklan ini mempromosikan satu permainan patung kanak-kanak bernama Baby-Laugh-a-Lot yang akan ketawa tanpa henti. Cara ketawa tu kalau tengok iklan ni waktu siang pun dah seram weh! Anak patung ini dihasilkan pada tahun 1971 oleh syarikat permainan Remco. Pada tahun yang sama juga, syarikat ini diisytiharkan muflis dan dibeli oleh syarikat lain. Tak tahu lah ada kena mengena dengan penghasilan patung ini atau pun tidak. Untuk menambahkan lagi keseraman, cuba mainkan video iklan ni pada kelajuan 0.25. Semoga tidur yang nyenyak!

IKLAN TISU SERAM!

Ini adalah iklan TV Jepun. Memang tak sah kalau iklan dari Jepun tak masuk dalam senarai ni. Diperlihatkan seorang bayi yang berpakaian seperti syaitan dari cerita rakyat Jepun. Entah apa tujuan buat iklan yang menggunakan watak seram daripada cerita rakyat ni. Dilihat seorang wanita berpakaian putih bermain tisu dengan bayi berpakaian syaitan tu. Tapi apa yang membuatkan ia lagi seram mungkin suara nyanyian iklan tersebut. Aku pun tak tahu apa kena mengena bayi yang menyeramkan tu dengan tisu. Kalau korang berani try tengok iklan ni tengah malam sorang-sorang.

BABY & PS3

PS3 pun pernah hasilkan satu iklan TV yang akan mengganggu fikiran penonton. Iklan ini memaparkan satu patung kanak-kanak berbentuk bayi yang duduk di hadapan PS3. Sambil keluar suara ketawa bayi, tiba-tiba keluar suara ketawa orang dewasa. Agak disturbing juga iklan ni. Menurut Playstation, iklan tersebut sebenarnya berniat untuk memaparkan pelbagai emosi dengan hanya melihat PS3. Rasanya emosi penonton lebih terganggu selepas melihat iklan ini. Tapi ada juga yang kata iklan ni seram dan nampak bodoh dalam masa yang sama. 

KELAJUAN MEMBUNUH

Bagi aku iklan ni tak ada lah menyeramkan, tapi ia mampu memberi gambaran bagaimana kelajuan mampu membunuh. Hasil sound effect yang diletakkan pun macam dah membuatkan iklan ni jadi kelakar. Walau bagaimanapun, agak menyeramkan kalau sebuah kereta yang terbabas mampu untuk membunuh sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain. Ianya seram dan tragik kalau berlaku in real life. Aku rasa mesej paling jelas dalam iklan ni dia nak bagitahu yang keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Kalau berlaku kemalangan, bukan setakat kita je yang kena, orang sekeliling kita turut sama terjejas.

MAKHLUK PELIK MINUM ARAK

Iklan pesanan khidmat masyarakat ini menunjukkan beberapa kanak-kanak yang trauma dengan kehadiran makhluk pelik yang mengerikan dalam hidup mereka. Makhluk pelik ini kelihatan seperti hidup bersama kanak-kanak ini, tetapi hanya mereka yang nampak makhluk rupa pelik ni sedangkan orang sekeliling tak nampak pun. Dihujung iklan, rupanya dia cuba nak bagitahu apa yang kanak-kanak ni nampak sekiranya parents diorang seorang alcoholism. Agak disturbing juga makhluk-makhluk pelik yang dipaparkan.

KATALAKI: Kalau lemah semangat jangan tengok iklan-iklan ni tengah malam sorang-sorang…

Last modified: 3 August 2020