Iklan-Iklan Raya 2020 Versi COVID-19

Sembang, ZeKool

Selain daripada tak boleh pergi ke bazar ramadan, tarawih dan balik ke kampung di bulan Ramadan dan Syawal, iklan raya tahun 2020 juga merupakan salah satu kelainan yang boleh kita saksikan semasa dunia masih lagi berperang dengan pandemik COVID-19 ketika tibanya bulan Syawal.

Memandangkan takde siapa yang menjangkakan penduduk dunia bakal berkurung di dalam rumah selama berbulan-bulan sejak bulan Mac, kebanyakkan syarikat-syarikat atau jenama-jenama besar di Malaysia dah tentu sekali tak bersedia menjalankan sebarang pengambaran iklan raya sebelum dunia diserang wabak COVID-19. Jadi, iklan raya tahun 2020 dah semestinya ada kelainan yang tersendiri termasuk lah mengamalkan budaya normal baharu di dalam iklan raya antaranya penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri. Sekarang ni, mari kita tengok apa kelainan terbaru yang ditampilkan dalam iklan raya tahun 2020 kali ni.

ANTARA DUA JENDELA

Salah satu jenama yang mempunyai reputasi iklan raya terbaik setiap tahun, kali ni Petronas tampil dengan iklan raya berserta animasi dan beberapa lagi ciri-ciri normal baharu sehingga ke penghujung video. Jangan risau, takde karakter dalam iklan ni yang pakai tag kerja Petronas. Pastikan korang tengok sampai habis. Jarang sekali iklan raya Petronas menghampakan.

SUASANA SYAWAL SEMPURNA

Sekali lagi, Maxis menggunakan watak kanak-kanak untuk memperkuatkan jalan cerita yang disampaikan menerusi iklan raya tahun 2020 kali ni. Walaupun iklan raya tahun ni lebih simple berbanding tahun-tahun sebelum ni, tapi mesej yang cuba disampaikan oleh Maxis boleh terasa di penghujung video. “Rayalah dengan segenggam tabah, kerana di sebalik kesusahan ada keindahannya.”

RAMADAN & SYAWAL YANG BERBEZA

Walaupun hanya menggunakan gambar sehingga penghujung video, tapi gambar-gambar yang ditunjukkan dalam iklan raya TM ni mungkin ada yang kita tak pernah tengok, semasa negara kita kucar-kucir seketika di peringkat awal wabak COVID-19 mula menular di seluruh negara. Disebabkan kita mempunyai ikatan penyatuan yang kuat berbanding rakyat negara lain ada yang mengamuk sebab tak nak berkurung dalam rumah, kita hampir nampak cahaya yang dinanti-nantikan di penghujung pandemik COVID-19.

SEMANGAT RAYA EPIK FANTASTIK

Tahun lepas, iklan raya daripada TNB menang daripada segi pemandangan kampung yang terlalu indah, kemunculan kereta klasik dan keriuhan beraya secara konvoi. Tapi kali ni, tahun 2020, iklan raya daripada TNB lain daripada yang sebelum ni, menggunakan seekor kucing sebagai daya penarik berserta keriuhan sambutan hari raya secara atas talian sambil mengamalkan penjarakan sosial.

Sekarang ni dah berlambak iklan raya yang kita boleh tonton kat YouTube. Sama ada iklan tersebut dihasilkan oleh jenama-jenama besar atau kecil, masing-masing akan menyampaikan mesej yang berlainan kepada penonton terutama sekali sekarang ni negara kita masih lagi berperang dengan wabak COVID-19. Kalau korang nak tengok iklan raya tahun 2020 yang lain, boleh cari je kat YouTube okeh! Selamat Hari Raya!

KATALAKI: Jangan mudah percaya dengan iklan raya yang ada banyak views. Belum tentu best. Zaman sekarang ni, views boleh dibeli begitu sahaja. 

Last modified: 21 May 2020