Iklan Radio Yang Paling Tak Boleh Dilupa

Collab, Sembang

Walaupun sekarang ni radio menerima persaingan hebat daripada aplikasi mudah alih zaman kini antaranya Spotify, YouTube dan macam-macam lagi, tapi apa-apa punya siaran di radio tetap unggul kerana disebabkan radio lah kita dapat tahu bermacam-macam jenis informasi dan tak lupa juga lagu-lagu terbaharu yang sentiasa dimainkan. Tentunya kita semua mesti ada kenangan yang tak boleh dilupakan dengan radio, betul?

Ada yang pernah sampaikan ucapan kat radio, ada yang pernah minta lagu kat radio dan ada gak yang sampai tukar siaran radio sebab marah dengan suara penyampai radio yang menganggu daya fokus untuk memandu. Sama seperti irama dan lagu, P Ramlee dan Saloma, isi dan kuku. Radio dan iklan memang tak dapat dipisahkan. Untuk pengetahuan korang, iklan yang banyak tu lah yang membolehkan radio tersebut terus beroperasi untuk menyajikan lagu-lagu yang best untuk pendengar.

Cakap pasal iklan ni, mesti ada gak iklan-iklan kat radio yang melekat dalam kepala otak korang sampai ke hari ni walaupun iklan tu dah berzaman lamanya. Jadi, mari kita tengok balik iklan-iklan radio yang paling tak boleh dilupakan sampai sekarang.

Yusuf Taiyoob

Ini antara iklan yang paling popular dari dulu sampai la sekarang hingga dijadikan meme zaman sekarang ni. Iklan Yusuf Taiyoob akan sentiasa berkumandang di radio bila bakal menjelmanya bulan Ramadan. Tapi korang tahu tak siapa suara sebenar di sebalik bisikan Yusuf Taiyoob tu?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nik nik (@luna_zura) on

Iklan yang berkesan dan menjadi trademark Yusuf Taiyoob ni sebenarnya menggunakan suara bekas penyampai radio Hot FM, Nik Nor Azura dan juga legenda suara iklan radio, Rodney. Untuk info, Nik Nor Azura mula menyumbang suara dalam iklan Yusuf Taiyoob sebagai suara bisikan tu bermula tahun 2018. Sebelum tahun 2018, suara bisikan tersebut menggunakan suara orang lain.

Kicap Jalen

Korang ingat lagi tak dengan iklan mengenai ekspedisi mendaki Gunung Jerai? Kalau takde kicap Jalen memang tak jadi ekspedisi ni.

Rasanya korang pun boleh kenal siapa suara di sebalik iklan ni. Iklan kicap Jalen yang masih lagi boleh didengar sampai sekarang menggunakan suara pelakon terkenal, Abon dan bekas penyampai radio Hot FM, Kieran.

Pusat Pakaian Hari-Hari

Selain daripada menggunakan dialog perbualan untuk mengiklankan produk di radio, ada gak yang gunakan lagu sebagai salah satu cara mempromosikan sesuatu jenama. Salah satu iklan yang menggunakan lagu ialah iklan daripada Pusat Pakaian Hari-Hari. Sampai kat media sosial pun ada yang bercakap pasal iklan ni.

 

Lagu tersebut menggunakan lirik ni. ” Hari-hari, berpakaian cantik menawan. Hari-hari, pakaian yang berkualiti.” Korang boleh ingat lagi tak iklan ni? Kalau nak tahu, pemilik suara yang menyanyikan lagu tersebut ialah penyampai radio Kool FM, AG.

Cara Paling Mudah Untuk Iklan Produk Korang Kat Radio

RIPPLE ENGAGE Digital Media & Broadcast Marketing Expo yang akan berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada 23 September sehingga 27 September 2019 nanti merupakan sebuah seminar yang membolehkan korang untuk mengiklankan produk korang bukan je kat radio, tapi kat YouTube dan juga platform digital yang lain. Kalau korang nak daftar secara percuma, boleh usha kat sini.

Image Via : rippleengage.com

Ini antara kelebihan yang korang akan dapat kat RIPPLE ENGAGE Digital Media & Broadcast Marketing Expo nanti.

Image Via : rippleengage.com

KATALAKI: Mana tahu lepas ni iklan produk korang lak yang boleh viral kat media sosial.

Last modified: 4 September 2019