Liga Fantasi Thelaki

Feature, Game, Tech

Fantasy League

Dah separuh musim Premier League berjalan, macam mana prestasi team korang kat Fantasy Premier League? Kalau yang jenis malas nak update team tu memang susah nak kejar team yang berada di tangga teratas. Persoalannya sekarang ni, korang dah join Liga Fantasi Thelaki ke belum?

 

View this post on Instagram

 

Thelaki nak buat liga!!! Ada hadiah bulanan! . . Pemenang bulanan ditentukan berdasarkan pasukan di dalam Liga Fantasi Thelaki yang mempunyai jumlah mata paling banyak setiap bulan. . Ikut cara-cara mudah dibawah. . Langkah 1 = Create team korang dekat laman web atau aplikasi Fantasy Premier League . Langkah 2 = Masukkan kod Liga Fantasi Thelaki . Langkah 3 = Rajin update team untuk kumpul mata paling banyak setiap bulan . Winner kitorang akan announce hari setiap hujung bulan di Instagram story THELAKI. . Terma & Syarat. 1. Pilihan muktamad mengikut juri daripada pihak Thelaki.com.my 2. Terma & Syarat seperti termaktub dalam laman web www.thelaki.com.my 3. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. 4. Peraduan berakhir pada jam 6 petang, 24 February. 5. Pemenang akan dihubungi/menerima “Direct Message” daripada akaun rasmi @thelakione. 6. Para pemenang yang layak diminta memberi butiran diri di Direct Message. Sekiranya pemenang tidak memberi sebarang butiran lengkap, pihak penganjur berhak memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. . #lelakimarhaen #giveaway #thelakibelanja #barangbaek

A post shared by THELAKI (@thelakione) on

Buat masa ni, dah ada 3 pasukan yang berjaya tapau hadiah yang kami tawarkan kalau team korang berjaya mengumpul mata tertinggi setiap bulan dalam Liga Fantasi Thelaki. Kod untuk korang join Liga Fantasi Thelaki, korang boleh dapatkan kat gambar atas tu.

Pemenang Bulan Ogos 2019

Image Via : thelaki.com.my

Pemenang Bulan September 2019

Image Via : thelaki.com.my

Pemenang Bulan Oktober 2019

Image Via : thelaki.com.my

Sama ada korang dah join atau baru terbuka hati nak join Liga Fantasi Thelaki, pastikan korang fahamkan betul-betul syarat-syarat yang kami dah tetapkan kat bawah ni. Kalau masih lagi tak faham macam mana nak main Fantasy Premier League, korang boleh baca kat sini.

TERMA & SYARAT
1. Pemenang bulanan ditentukan berdasarkan pasukan di dalam Liga Fantasi Thelaki yang mempunyai jumlah mata paling banyak setiap bulan.

2. Jika individu/peserta berjaya menang pada bulan tertentu, individu/peserta tersebut akan dikuarantin dalam tempoh tertentu (Terma & Syarat) daripada menang untuk bulan seterusnya. Contoh, jika peserta A berjaya menang bulan Ogos, pada bulan September, peserta A juga berjaya kumpul mata paling banyak dan menang, maka pemenang untuk bulan September akan diberikan kepada peserta kedua yang berjaya kumpul mata paling banyak untuk bulan tersebut.

3. Setiap individu/peserta hanya dibenarkan untuk menggunakan satu pasukan sahaja di dalam Liga Fantasi Thelaki. Jika individu/peserta tersebut didapati menggunakan lebih daripada satu pasukan di dalam Liga Fantasi Thelaki, hanya satu pasukan akan dikekalkan dan pasukan lain yang dimiliki oleh individu/peserta tersebut akan dibatalkan penyertaan.

4. Pilihan muktamad tertakluk kepada keputusan juri daripada pihak Thelaki.com.my 

5. Terma & Syarat seperti termaktub dalam laman web www.thelaki.com.my

6. Peraduan ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas sahaja.

7. Pemenang akan dihubungi/menerima “Direct Message” daripada akaun rasmi @thelakione.

8. Para pemenang yang layak diminta memberi butiran diri di Direct Message. Sekiranya pemenang tidak memberi sebarang butiran lengkap, pihak penganjur berhak memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

Setakat ni, kami masih lagi tidak berjaya contact pemenang untuk bulan November 2019, Disember 2019 dan Januari 2020. Kalau team korang merupakan juara untuk bulan November 2019, Disember 2019 dan Januari 2020 macam dalam gambar yang kami letak kat bawah ni, sila contact kami menerusi Instagram @Thelakione secepat mungkin okeh!

Pemenang Bulan November 2019

Image Via : thelaki.com.my

Pemenang Bulan Disember 2019

Image Via : thelaki.com.my

Pemenang Bulan Januari 2020

Image Via : thelaki.com.my

Untuk memudahkan lagi kami mencari dan mengumumkan pemenang Liga Fantasi Thelaki setiap bulan, korang boleh je semak sendiri sama ada pasukan korang berjaya atau tak untuk mengumpul mata tertinggi setiap bulan dalam Liga Fantasi Thelaki. Tapi, pastikan korang log in akaun Fantasy Premier League korang kat laman web, bukan guna aplikasi kat dalam smartphone. Kalau guna Fantasy Premier League kat laman web, baru boleh semak team mana yang berjaya kumpul mata tertinggi setiap bulan. Kalau team korang yang berjaya kumpul mata tertinggi untuk bulan tersebut, jangan malu-malu untuk DM kami kat Instagram @Thelakione.

Bonus untuk korang yang baca artikel ni, kami akan bongkarkan apa hadiah yang akan kami tawarkan untuk pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi pada bulan Februari 2020, Mac 2020, April 2020 dan Mei 2020 nanti. Antara hadiah yang korang boleh menang kat Liga Fantasi Thelaki sebelum tamatnya Premier League musim ni adalah Wireless Headphone, Smartwatch, Wireless Speaker dan Wireless Earbuds/Earphones. All the best!

KATALAKI: Tak lama lagi ada banyak perlawanan yang akan terlibat dalam Double Gameweek, masa ni la paling sesuai untuk guna semua chip yang korang ada. Triple Captain tu kena guna betul-betul.

Fantasy League

Last modified: 19 February 2020