Pada 29 Ogos 2019, undian rasmi untuk menentukan kumpulan dan perlawanan setiap pasukan yang bertanding dalam UEFA Champions League 2019/20 dah pun berlangsung di Monaco. Ini benda penting yang korang kena tahu mengenai musim terbaru UEFA Champions League 2019/20 kali ni.

Image Via : twitter.com/ChampionsLeague
Undian Peringkat Kumpulan
Seramai 32 pasukan yang akan bersaing dalam UEFA Champions League 2019/20. Setiap pasukan tersebut diundi untuk menentukan kumpulan masing dan setiap pasukan akan melalui perlawanan peringkat kumpulan sebanyak 6 perlawanan sebelum layak untuk bertanding ke peringkat seterusnya.

Image Via : twitter.com/ChampionsLeague
Rasanya kumpulan F yang paling menarik untuk kita nantikan kesudahannya macam mana. Ada 3 pasukan ternama dalam satu kumpulan iaitu Barcelona, Borussia Dortmund dan Inter Milan. Pasukan yang paling selesa dah tentu sekali Manchester City yang berada di dalam kumpulan C bersama Atalanta yang buat pertama kali dalam sejarah bersaing dalam UEFA Champions League. Kalau tak berjaya lepas peringkat kumpulan, tak tahu la nak cakap apa.
Tarikh Perlawanan
Perlawanan peringkat kumpulan UEFA Champions League akan bermula pada 18 September 2019 nanti. Ada dua waktu perlawanan yang akan berlangsung iaitu 1:55 pagi waktu Malaysia (18:55 CET) dan 4:00 pagi waktu Malaysia. Ini jadual perlawanan pertama untuk setiap kumpulan.
Matchday 1
Rabu 18 September
Kumpulan E: Napoli v Liverpool, Salzburg v Genk (4:00am)
Kumpulan F: Inter v Slavia Praha (1:55 am), Dortmund v Barcelona (4:00am)
Kumpulan G: Lyon v Zenit (1:55 am), Benfica v Leipzig (4:00am)
Kumpulan H: Chelsea v Valencia, Ajax v LOSC Lille (4:00am)
Khamis 19 September
Kumpulan A: Club Brugge v Galatasaray (1:55 am), Paris v Real Madrid (4:00am)
Kumpulan B: Olympiacos v Tottenham (1:55 am), Bayern v Crvena zvezda (4:00am)
Kumpulan C: Shakhtar v Manchester City, Dinamo Zagreb v Atalanta (4:00am)
Kumpulan D: Atlético v Juventus, Leverkusen v Lokomotiv Moskva (4:00am)
Perlawanan akhir UEFA Champions League 2019/20 dijadualkan akan berlangsung pada 31 May 2020 di Stadium Olimpik Atatürk,Istanbul. Nak tengok jadual penuh perlawanan UEFA Champions League 2019/20, korang boleh usha kat sini.
Anugerah Pemain Terbaik UEFA
Semasa majlis undian peringkat kumpulan UEFA Champions League 2019/20, ada beberapa anugerah juga yang diberikan kepada pemain terbaik untuk setiap posisi. Ini antara pemain yang berjaya menang anugerah penjaga gol terbaik, pemain pertahanan terbaik, pemain tengah terbaik dan penyerang terbaik UEFA Champions League 2018/19.
✨ 2018/19 #UCL Goalkeeper of the Season ✨
🏅 𝐀𝐋𝐈𝐒𝐒𝐎𝐍#UEFAawards | #UCLdraw pic.twitter.com/4LqDHksmf8
— #UCLdraw (@ChampionsLeague) August 29, 2019
✨ 2018/19 #UCL Defender of the Season ✨
🏅 𝐕𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐉𝐊#UEFAawards | #UCLdraw pic.twitter.com/H6peo3U3to
— #UCLdraw (@ChampionsLeague) August 29, 2019
✨ 2018/19 #UCL Midfielder of the Season ✨
🏅 𝐃𝐄 𝐉𝐎𝐍𝐆#UEFAawards | #UCLdraw pic.twitter.com/DS7iOlyDNN
— #UCLdraw (@ChampionsLeague) August 29, 2019
✨ 2018/19 #UCL Forward of the Season ✨
🏅 𝐌𝐄𝐒𝐒𝐈#UEFAawards | #UCLdraw pic.twitter.com/OspQ4gXQwR
— #UCLdraw (@ChampionsLeague) August 29, 2019
Anugerah utama yang menjadi tumpuan satu dunia dah tentu sekali anugerah UEFA Men’s Player of the Year 2018/19 yang diberikan kepada pemain pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk.
✨ 2018/19 UEFA Men’s Player of the Year ✨
🏆 𝐕𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐉𝐊#UEFAawards | #UCLdraw pic.twitter.com/B6PurZkmK7
— #UCLdraw (@ChampionsLeague) August 29, 2019
Yang menariknya, Cristiano Ronaldo pun hadir pada majlis undian UEFA Champions League 2019/20 walaupun tak berjaya menang apa-apa anugerah. Bukan senang kita nak tengok Cristiano Ronaldo duduk sebelah berborak dengan Lionel Messi.
Three superstars 😍👍#UCLdraw | #UEFAawards pic.twitter.com/KpbmNxnC3l
— #UCLdraw (@ChampionsLeague) August 29, 2019
Sayang sekali, Lionel Messi kurang fasih berbahasa Inggeris, hanya Cristiano Ronaldo yang lebih banyak berborak menceritakan mengenai persaingan hebat 2 legenda bola sepak yang masih lagi bersaing di peringkat tinggi walaupun usia dah melebihi 30 tahun.
Ronaldo: “We’ve not had dinner together yet, but I hope in the future!” 😃@Cristiano & Messi at the #UCLdraw 🤜🤛 pic.twitter.com/KOFY8680tU
— #UCLdraw (@ChampionsLeague) August 29, 2019
KATALAKI: Korang agak-agak pasukan mana yang boleh sampai ke final kali ni? Liverpool untuk tiga tahun berturut-turut?