Info Tambahan Penting Mengenai COVID-19

Sembang

Macam mana hari-hari korang selepas Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan sejak 18 Mac 2020? Ingat, patuh dengan arahan pihak berkuasa untuk terus kekal berada di dalam rumah. Ni lah masa yang paling sesuai untuk kita luangkan masa dengan keluarga, kawan-kawan kalau yang duduk menyewa dan paling penting diri sendiri. Takde siapa pun dibenarkan untuk Whatsapp kita nak ajak keluar lepak ke, pergi beli kain ke, tengok bola ke, semua aktiviti di luar rumah tak dibenarkan. Duduk kat dalam rumah diam-diam.

Rasanya ramai yang dah cukup faham dengan Coronavirus Disease 2019 atau juga dikenali sebagai COVID-19 yang boleh berjangkit daripada manusia kepada manusia yang lain melalui cecair badan yang terhasil daripada batuk dan bersin. Tapi, apa salahnya kalau korang dapat tahu info yang lebih mengenai COVID-19, kan? Ini antara fakta mengenai COVID-19 yang dikongsikan oleh World Health Organization (WHO).

PENJARAKAN SOSIAL

Untuk mengurangkan lagi penyebaran wabak COVID-19 atau terma yang lebih popular digunakan sekarang, flatten the curve, bukan je rakyat Malaysia tapi seluruh penduduk di dunia disarankan untuk mengamalkan penjarakan sosial atau social distancing dengan menghadkan hubungan fizikal antara satu sama lain.

Ada banyak cara untuk mengamalkan penjarakan sosial, make sure korang faham setiap satu.

CUACA SEJUK TAK BOLEH BUNUH COVID-19

Belum lagi terbukti cuaca yang terlalu sejuk atau panas boleh membunuh virus COVID-19. Suhu badan manusia yang normal adalah di antara 36.5°C sehingga 37°C, tanpa mengambil kira suhu atau cuaca di luar.

BUKAN ORANG TUA JE YANG BERISIKO

Jangan sebab korang masih lagi muda mencanak, korang ingat korang boleh terselamat daripada dijangkiti virus COVID-19. Kalau antara kita ni ada simptom-simptom dijangkiti COVID-19, terus contact Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

Ramai lagi yang kurang jelas macam mana cara nak jalankan ujian saringan COVID-19 sebenarnya.

JAGA DIRI SENDIRI

Rakyat Malaysia dijangka akan terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari, bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Dalam keadaan dunia dan negara kita yang tengah diancam oleh COVID-19, penting gak untuk kita jaga kesihatan fizikal dan mental diri sendiri walaupun kena work from home. Buat semua benda yang korang memang suka buat kat rumah, buat benda baru untuk belajar benda baru pun lagi bagus dan paling penting penuhkan la aktiviti seharian korang untuk mengelakkan kebosanan yang melampau. Kalau stress nanti, penyakit lain pula yang datang.

KATALAKI: Kalau nak tahu filem apa yang sesuai ditonton masa tengah berkurung kat rumah, boleh baca kat sini.

Last modified: 20 March 2020