Info+Rumors Tentang Samsung Galaxy S10!

Gadget, Tech

Tahun 2018 merupakan tahun dimana Samsung Galaxy S9 dinobatkan sebagai smartphone android paling popular untuk tahun tersebut. Namun bagaimana pula dengan flagship terbaru yang bakal dikeluarkan oleh Samsung tahun ini iaitu Samsung Galaxy S10?

Adakah ia juga akan disanjung sepert Galaxy S9 ataupun sebaliknya? Dengan pelbagai info dan ura-ura yang telah tersebar di internet setakat ini, aku akan share apa yang kita boleh expect dan apa yang korang perlu tahu tentang Samsung Galaxy S10.

DESIGN DAN DISPLAY

Daripada segi design, nampaknya Galaxy S10 berbeza dengan smartphone sebelum ini yang pernah dikeluarkan oleh Samsung. Ura-ura menyatakan yang Samsung akan mengeluarkan 3 jenis model untuk Samsung Galaxy S10.

Menurut laman web Digital Trends, untuk bahagian hadapan pula, nampaknya Samsung Galaxy S10 akan meletakkan design hole punch seperti mana smartphone yang dikeluarkan pada tahun ini daripada Honor dan Huawei. Macam yang aku katakan sebelum ini, aku yakin tahun ini akan lebih banyak smartphone yang akan masukkan design holepunch sebagai kamera hadapan.

Rumors mengatakan yang Samsung Galaxy S10 akan ada tiga jenis model iaitu Galaxy S10 E, Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus. Galaxy S10 E akan mempunyai screen sebesar 5.8 inci, Galaxy S10 sebesar 6.1 inci dan Galaxy S10 Plus sebesar 6.4 inci. Kesemua tiga model akan mempunyai Amoled display.

KAMERA

Untuk kamera belakang, Samsung Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus akan mempunyai tiga kamera belakang manakala untuk Galaxy S10 E cuma terdapat dua kamera belakang. Bagi kamera hadapan pula, cuma Galaxy S10 Plus sahaja mempunyai dua kamera hadapan. Manakala untuk Galaxy S10 E dan Galaxy S10 cuma terdapat satu kamera sahaja.

Kesemua kamera hadapan kemungkinan akan berada pada bahagian atas tengah screen. Ini berbeza dengan smartphone yang pernah dikeluarkan oleh Huawei dan Honor yang menggunakan holepunch display tetapi meletakan camera mereka di bahagian atas kiri.

SPEC, HARGA & TARIKH KELUAR

Untuk processor, Samsung sudah tentunya akan memasukan chipset mereka yang terkini. Ura-ura menyatakan yang Snapdragon 855 ataupun Samsung Exynos 9820 akan dimasukkan didalam satu model ataupun ketiga-tiga model Galaxy S10.

Samsung akan memperkenalkan Samsung Galaxy S10 secara umum pada 20 February 2019 ini. Event yang akan berlangsung di Bill Graham Civic Auditorium, San Francisco. Kemungkinan besar selepas habis event, Samsung Galaxy S10 boleh di preorder dan akan berada di pasaran pada 8 March 2019.

Daripada segi kapasiti pula, bagi Galaxy S10 pula akan terdapat 2 jenis iaitu untuk versi 128GB dan untuk 512GB.

CREDIT: 91 MOBILES

Bagi Galaxy S10 Plus, terdapat 3 harga yang berbeza mengikut spec yang ditawarkan, versi 128GB dan versi 512GB. Kalau korang rasa nak storage yang lebih besar, Galaxy S10 Plus mungkin akan dikeluarkan untuk versi 1TB ataupun 2TB!

Rumors yang manakah yang tepat dan yang manakah yang salah? Adakah Samsung akan memasukkan lagi spec dan feature yang baru untuk Galaxy S10 ini? Semua ini kita kena tunggu launching event dia nanti pada 20 February 2019!

KATALAKI: Harga dia boleh buat downpayment beli Myvi dah wey!

Last modified: 12 February 2019