Ini 2 Lelaki Genius Yang Tolong Satu Dunia

Sembang, Tech, ZAP, ZeKool

Kalau sebut je nama seperti Mark Zuberg, ramai sudah tahu beliau adalah pengasas Facebook. Bila sebut Bill Gates kita akan terus pin point beliau sebagai pencipta komputer Microsoft ataupun Steve Jobs yang merupakan founder untk syarikat dan jenama Apple mahupun Tom Anderson yang kita kenali sebagai pengasas untuk Myspace.

Tapi kalau kitorang sebut nama Larry Page dan Sergey Brin, siapakah dua individu ini? Untuk yang tidak tahu, mereka adalah dua pencipta yang telah banyak membantu kita dari segi pencarian online. Mereka berdua adalah dua individu yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembentukkan search engine paling popular di Internet; Google.com.

ALKISAH GOOGOL

Sama seperti kisah-kisah bagaimana tercetusnya syarikat tech ternama di Silicon Valley, syarikat enjin pencarian terkenal ini juga mengalami kisah nasib yang sama. Google Inc diasaskan oleh Larry Page dan Sergey Brin. Mereka menubuhkan syarikat tersebut di garage seorang kawan di Menlo Park, California, Amerika Syarikat.

Sejak penubuhannya pada 4 September 1998, syarikat tersebut telah mempunyai seramai 20,000 pekerja sepenuh masa secara global dengan pengeluaran produk-produk terbaharu serta perkembangan dan partnership. Syarikat tersebut juga telah memperluas sehingga ianya menjadi lebih daripada hanya search engine di Internet.

Kisah penubuhan Google bermula apabila Larry Page mempunyai minat yang mendalam tentang dunia teknologi apabila ayahnya yang merupakan seorang professor dalam subjek computer science menghadiahkan Larry sebuah computer pada usianya yang ke enam tahun. Sejak dari itu Larry berusaha untuk membelajari tentang industri kejuruteraan perkomputeran. Salah satu kejayaan Larry adalah apabila beliau berjaya mencipta sebuah inkjet printer dengan hanya diperbuat mengunakan blok Lego.

Pada usianya yang ke dua puluh empat tahun, Larry menyambung semula Ph.D dalam bidang computer science di Standford University. Disini bermulanya pertemuan Larry dan sahabatnya Sergey Brin yang ditugaskan untuk mengenali selok-belok di campus tersebut. Sergey Brin yang berasal dari Moscow dan berpindah bersama keluarganya ke Amerika Syarikat pada usia enam tahun. Di Standford University, Sergey membelajari bidang cara bagaimana untuk mengekstrak corak daripada data yang banyak. Pada awalnya, mereka mengatakan Larry dan Sergey tidak pernah bersependat tentang apa saja ketika di awal pergenalan mereka.

PROJEK BACKRUB

Persahabatan Larry dan Sergey mula menjadi rancak pada tahun 1996 apabila Larry bersetuju untuk menolong Sergey dalam research project yang dinamakan sebagai Backrub dimana mereka mengkaji sistem backlinks, pautan di laman web yang merujuk kembali ke laman web yang diberikan. Sebagai cara untuk mengaitkan pautan yang berkenaan, Larry dan Sergey mencipta sistem algoritma yang dikenali sebagai PageRank, ianya sebuah alat yang dapat memberikan hasil carian yang lebih baik daripada search engine yang ada dimana ianya memberikan ranking kepada laman web yang dicari berdasarkan bilangan carian setiap terma yang dirujukkan.

Mereka berdua mencuba sistem search engine Backrub setahun kemudian mengunakan server yang ada di Standford University. Tanpa sebarang khidmat daripada web developer, mereka membuat sebuah laman web dengan rekaan yang simple. Namun apabila Backrub sudah mula dikenali ramai, mereka bergelut dengan masalah untuk server komputer yang mampu menampung pencarian terma yang mampu menahan setiap terma yang dicari mengunakan sistem Backrub.

BACKRUB KE GOOGOL

Lama kelamaan Larry dan Sergey membuat keputusan untuk mengubah nama search engine ciptaan mereka ke Google. Ianya merupakan sebuah nama yang diambil daripada perkataan atau terma “Googol” yang membawa maksud daripada terma yang mengambarkan angka nombor satu yang diikuti dengan bilangan 100 nombor kosong. Ianya membawa maksud bagaimana Google mempunyai jumlah maklumat yang tidak terhingga di Internet.

Enggan meninggalkan study yang mereka jalankan. Ketika pertengahan 1998, laman web Google menerima lebih 10,000 jumlah carian setiap hari sehingga Larry dan Sergey terpaksa membayar $15,000 untuk menambahbaik server untuk menampung jumlah penguna pada laman web tersebut.

IMPAK GOOGLE

Pengunaan Google.com semakin berkembang dengan populariti yang diraih oleh ramai para penguna Internet yang meletakkan Google sebagai sistem pencarian utama mereka. Bukan itu saja, disebabkan itu juga Google berjaya memiliki startup dan mengambil alih syarikat yang mempunyai sistem dan produk yang innovative. Pada tahun 2004, Google mengubah syarikat tersebut kepada public listed company. Antara yang terkenal dibawah bumbung Google tentunya jenama yang ternama seperti Youtube, Android, Adsense.

Impak yang diberikan Google dengan berkembang demi berkembang membuatkan Google sebagai tools yang semestinya kita akan gunakan dalam pekerjaan seharian kita apabila mengunakan Internet. Impak Google ini sangat besar hinggakan pada tahun 2006, perkataan “google” telah diserap dalam Merriam Webster Dictionary yang membawa maksud “untuk menggunakan enjin carian Google untuk mendapatkan maklumat di World Wide Web”.

Semestinya kita harus berterima kasih kepada dua individu genius yang telah banyak membantu kita dalam apa jua informasi yang kita ingin dapatkan di Internet. Jadi bila siapa-siapa tanya korang, siapa pencipta Google. Korang boleh kata Larry Page dan Sergey Brin.

KATALAKI: Alkisah dua lelaki yang membantu satu dunia…

Last modified: 30 March 2020