Ini Adalah Makanan Paling Mahal Di Dunia?

Sembang, ZeKool

Korang tahu tak apa itu Truffle? Untuk pengetahuan korang, Truffle ini dikatakan antara makanan paling mahal di dunia. Harga untuk Truffle ini boleh mencecah sehingga berpuluh ribu USD untuk setiap hirisan sahaja. Kita sebagai rakyat marhaen memang confirm tak pernah makanlah tapi korang jangan risau sebab hari ini aku akan terangkan apa itu Truffle dan kenapa ia dikatakan makanan paling mahal di dunia!

Kalau korang nak tahu, Truffle sebenarnya merupakan salah satu daripada keluarga atau jenis kulat. Truffle ini tumbuh semula jadi dan tidak boleh ditanam. Ini merupakan salah satu sebab kenapa Truffle ini boleh jadi mahal sebab ia perlu dicari di tempat-tempat tertentu sahaja.

Truffle ini dikatakan tumbuh sepenuhnya di dalam tanah dan selalunya akan berada dekat dengan akar pokok oak, poplar dan banyak lagi. Pertama kali Truffle mula dikenali adalah ketika ia diperkenalkan dalam satu buku menceritakan tentang masyarakat Amorite. Amorite merupakan salah satu bangsa kuno dari Syria dan mereka dikatakan menjadikan Truffle sebagai makanan harian mereka pada abad ke 20 sebelum masihi.

Semasa zaman Renaissance, Truffle menjadi semakin terkenal di Eropah dan ia dijadikan sebagai hadiah kepada King Francis I of France. Pada sekitar tahun 1780, Truffle mula dimakan dan boleh dibeli oleh rakyat-rakyat biasa walaupun harganya masih mahal ketika itu.

Untuk mencari Truffle ini, mereka dikatakan menggunakan anjing dan juga khinzir kerana hanya beberapa haiwan sahaja yang dapat mencari dan mengesan bau Truffle ini. Truffle ini dikatakan akan mengeluarkan bau yang kuat kepada haiwan-haiwan ini apabila ia sudah boleh dimakan.

Ketika ia sangat popular di Perancis, beberapa orang rakyat cuba untuk menanam Truffle ini bagi memudahkan mereka menjualnya dan mendapatkan lebih banyak duit. Selalunya mereka akan mencari pokok-pokok yang masih kecil dan tumbuh dikawasan Truffle tersebut. Pokok ini kemudiannya akan dikorek dan dipindahkan baru. Jika mereka bernasib baik, kulat Truffle yang ada pada pokok itu tadi mungkin akan berpindah ke kawasan baru dan dalam masa 10 sehingga 20 tahun, mereka mungkin akan mempunyai kawasan yang mempunyai kulat Truffle.

Untuk mendapatkan Truffle yang berkualiti tinggi, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira kerana kulat Truffle ini dikatakan sangat-sangat sensitive dengan keadaan sekeliling. Beberapa faktor menjadi punca utama Truffle ini boleh tumbuh dengan sihat antaranya adalah suhu tanah, berapa banyak cahaya matahari yang terkena pada tanah dan kelembapan tanah.

Truffle dikatakan mempunyai lebih daripada 40 jenis namun hanya beberapa sahaja dikatakan terkenal dan dijual pada harga yang mahal. Antaranya adalah seperti:

  • Black / Perigord Truffle
  • Winter Truffle
  • Summer Truffle
  • Burgundy Truffle
  • Oregon Black Truffle
  • Oregon White Truffle

Beberapa tahun yang lepas, satu Truffle yang dikatakan paling besar pernah dijumpai telah dilelong dan dijual di Sotheby’s Auction yang diadakan di New York. Ia dikatakan mempunyai berat 1.8KG dan telah dilelong pada harga USD61,000. Ia dikatakan telah digali di Itali dan telah dijual kepada seorang pembeli dari Taiwan yang telah menelefon dan membidanya melalui telefon.

Setakat ini, terdapat satu sahaja Truffle yang dikatakan telah dijual pada harga yang paling mahal di dunia. Truffle ini dikatakan telah dijumpai di Croatia dan telah dilelong pada tahun 1999. Korang nak tahu berapa harga Truffle ini? Truffle ini dikatakan telah berjaya dilelong pada harga USD330,000, bersamaan dengan RM1.3 juta!

KATALAKI: Aku rasa aku kena rasa jugalah Truffle ni walaupun sekali dalam hidup!

Last modified: 3 January 2020