Ini Bukti Viking Clap Piala FA 2019 Tersebar Satu Dunia

Aktif, Bola


Acara Viking Clap yang baru-baru ni diadakan sempena perlawanan akhir Piala FA 2019 antara Kedah dan Perak bukan je berjaya mencipta rekod baru, tapi berjaya mendapat liputan berita di seluruh dunia.

Secara rasminya, seramai 83,520 orang yang berada di stadium bersatu untuk terlibat dalam acara Viking Clap di perlawanan akhir Piala FA 2019 dan berjaya memecahkan rekod, Viking Clap terbesar yang pernah berlaku kat Malaysia.

Viking Clap mula popular di zaman moden ni apabila pasukan kebangsaan Iceland yang kali pertama layak bersaing dalam kejohanan EURO 2016 melakukan acara Viking Clap bersama penyokong Iceland setiap kali turun beraksi dalam perlawanan EURO 2016 di Perancis.

Pada tahun 2018, Iceland sekali lagi membawa budaya Viking Clap di mata dunia apabila kali pertama dalam sejarah layak bertanding dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia. Iceland juga merupakan negara paling kecil yang pernah layak bertanding dalam Piala Dunia FIFA.

Ini antara berita mengenai acara Viking Clap semasa perlawanan akhir Piala FA 2019 yang tersebar satu dunia melalui berita-berita yang disampaikan melalu media sosial.

KATALAKI: Nasib baik gambar Stadium Nasional Bukit Jalil penuh dengan sampah tak tersebar satu dunia.


Last modified: 9 August 2019