Cara Mudah Untuk Buang Background Dalam Gambar

Life x Tips, Sembang

Korang pun tahu betapa susahnya untuk seorang amatur yang menggunakan aplikasi Adobe Photoshop atau aplikasi pengubahsuaian gambar yang lain untuk menghilangkan background dalam sesuatu gambar. Senang cerita, nak jadikan gambar macam kat bawah ni.

Image Via : thelaki.com.my

Dah tak payah pening-pening. Sekarang ni lebih mudah untuk hilangkan background dalam gambar korang menggunakan laman web RemoveBG. Yang paling penting percuma. Kalau korang nak dapatkan kualiti gambar yang lebih tinggi, kena lah bayar.

Image Via : remove.bg

Tak sampai 5 saat, gambar korang akan siap tanpa background macam yang korang inginkan. Caranya, korang hanya perlu muat naik gambar yang korang nak guna, lepas tu tunggu lah selama 5 saat dan gambar korang sebelum dan selepas background dibuang akan muncul macam kat bawah ni.

Image Via : remove.bg

Image Via : remove.bg

KATALAKI: Mudah bukan? Setakat ni RemoveBG masih lagi stable untuk digunakan. Kalau dah ramai sangat guna nanti tak tahu la macam mana.

Last modified: 16 October 2019