[TUNDA] Ini Cara Untuk Tengok Game Pertama PS5 Secara Live Oleh PlayStation

Game, Tech, ZAP, ZeKool

UPDATE: Acara PlayStation Future of Gaming yang dijadualkan berlangsung pada 4 Jun 2020 telah ditunda sehingga diberitahu kelak. Dalam sebuah tweet yang dikongsikan di akaun Twitter rasmi PlayStation, Sony telah mengumumkan penundaan acara tersebut dikatakan untuk memberi ruang kepada isu protest yang sedang berlaku di Amerika Syarikat. Maka sama-samalah kita terus bersabar dan hope for the best untuk kawan-kawan kita di Amerika Syarikat. Sama-sama kita doakan yang terbaik!

 

Rasanya ramai yang dah tak sabar nak tengok macam mana rupa sebenar PlayStation terbaru iaitu PlayStation 5 yang bakal dilancarkan secara rasmi di penghujung tahun 2020 nanti. Buat masa ni, hanya ada 2 perkara yang dah diumumkan secara rasmi oleh PlayStation sendiri mengenai bayangan PlayStation 5 antaranya ciri-ciri spesifikasi dan alat kawalan terbaru yang dikenali sebagai DualSense.

Yang terkini, PlayStation sekali lagi bakal menguji kesabaran pencinta permainan video di seluruh dunia apabila mengumumkan mengenai sebuah acara yang dilakukan secara atas talian buat pertama kali, disebabkan pandemik COVID-19, akan berlangung pada 4 Jun 2020. Kalau mengikut sistem waktu di Malaysia, acara yang digelar The Future of Gaming ni akan ditayangkan secara live di YouTube PlayStation untuk tontonan umum pada hari Jumaat, 5 Jun 2020, pukul 4.00 pagi.

Menurut bayangan awal yang diberikan oleh PlayStation, The Future of Gaming akan memberi peluang kepada penggemar-penggemar permainan video untuk melihat buat kali pertama, game terbaru apa yang akan muncul secara eksklusif untuk PlayStation 5, sebelum PlayStation 5 dilancarkan secara rasmi di penghujung tahun 2020, kemungkinan pada bulan November tahun 2020.

Buat masa ni, dah banyak game yang dikatakan bakal buat kemunculan bersama kecanggihan terbaru PlayStation 5 antaranya Assassin’s Creed Valhalla, Rainbow Six Quarantine, Godfall dan Grand Theft Auto 6. Walau bagaimanapun, ini hanya lah gosip liar dan PlayStation sendiri belum mengumumkan secara rasmi sehingga lah tiba hari yang ditunggu-tunggu menerusi acara The Future of Gaming yang bakal berlangsung dalam beberapa hari sahaja lagi.

Ada antara kita mungkin dah jual PlayStation 4 lebih awal sebagai persediaan untuk menyambar PlayStation 5. Tapi menurut Sony, jangka hayat PlayStation 4 mungkin akan bertahan sehingga tahun 2022 selepas 2 tahun PlayStation 5 mula dipasarkan memandangkan salah satu ciri istimewa yang dimiliki oleh PlayStation 5 adalah backward compatibility yang bermaksud, game PlayStation 4 boleh dimainkan menggunakan PlayStation 5. Ini bermakna, walaupun PlayStation 5 mula dilancarkan di seluruh dunia, masih ada lagi game terbaru yang akan dipasarkan untuk PlayStation 4.

Kalau kita tengok balik sejarah PlayStation sebelum ni, jangka hayat PlayStation yang pertama (PS1) bertahan selama 12 tahun dari tahun 1994 sehingga 2006, PlayStation 2 dari tahun 2000 sehingga 2013 dan PlayStation 3 dari tahun 2006 sehingga 2017. Tahun 2020, PlayStation 4 dah pun berusia 7 tahun sejak tahun 2013. Rasanya, PlayStation 4 masih lagi boleh bertahan dalam tempoh yang lama.

KATALAKI: Konsol PlayStation 5 dijangka akan ditayangkan kepada umum pada bulan Ogos nanti. Harap bersabar lah ya.

Last modified: 2 June 2020