Ini Filem Yang Boleh Ditonton Di Pawagam Bermula 1 Julai 2020

Sembang

Sekarang ni hati dan perasaan korang dah ada timbul rasa nak pergi tengok filem kat panggung wayang tak selepas dah berbulan-bulan tidak menjejakkan kaki ke pawagam berhampiran disebabkan pandemik COVID-19? Ibarat pasangan yang bercinta, hati dan perasaan tak boleh dipaksa, betul? Mungkin gak antara kita yang masih lagi trauma dengan keadaan berada di dalam kawasan tertutup bersama orang ramai. Bila terserempak dengan orang asing dalam lif pun masih ada rasa takut-takut, kan?

Yang masih tak selesa, jangan paksa diri korang dan jangan paksa gak kawan-kawan korang yang juga masih tak selesa. Tapi kalau korang salah seorang daripada pencinta filem yang dah tak boleh tahan nak serbu pawagam, pada 1 Julai 2020 nanti hari yang gembira lah untuk korang sebab pawagam di Malaysia dah dibenarkan beroperasi seperti biasa. Dengan syarat, kena patuh kepada standard operating procedure (SOP) yang ditetapkan dan tetap mengamalkan penjarakan sosial. Macam mana la agaknya seating arrangement kat dalam panggung wayang nanti.

Menjelang pembukaan semula pawagam dalam beberapa hari je lagi, mesti kita teringin gak nak tahu filem-filem apa je yang akan ditayangkan memandangkan dah banyak sangat filem-filem baru yang ditangguh dan bertukar-tukar tarikh tayangan. Jadi, hasil penyelidikan kami menggunakan teknologi internet, ini antara filem-filem yang boleh ditonton di pawagam bermula 1 Julai 2020.

Terima kasih kepada Golden Screen Cinemas (GSC) yang berkongsi di media sosial, seperti yang dijangka, takde filem betul-betul baru yang akan ditayangkan di pawagam bermula 1 Julai 2020. Tapi, ada filem yang baru je memulakan tayangan tak lama sebelum seluruh dunia menjalani tempoh lockdown, kembali ditayangkan pada 1 Julai 2020 nanti antaranya Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna, Low Season, Kaiji: Final Game dan The Bridge Curse.

Kalau korang tak berminat dengan filem-filem baru ni, GSC ada gak buat tayangan semula beberapa filem yang pernah hit sebelum ni, terdiri daripada filem Train To Busan, Bloodshot, Jumanji: Welcome to the Jungle, Venom, Spider-Man: Homecoming, Pee Nak 2 dan Baaghi 3. Pesaing kepada GSC iaitu Tanjung Golden Village (TGV) juga nampaknya akan menayangkan filem yang lebih kurang sama bermula 1 Julai 2020 nanti.

Sekali lagi diingatkan, sentiasa patuh dengan SOP yang ditetapkan oleh pihak pawagam supaya dapat mengelakkan daripada berlaku sebarang kejadian yang tak diingini pada masa akan datang. Menurut SOP yang dikongsikan oleh GSC, pelanggan yang berumur 12 tahun ke bawah atau berumur lebih 60 tahun, tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam panggung wayang. Jangan sesekali cuba untuk curi-curi masuk pula nanti.

KATALAKI: Kalau ada yang dah pergi tengok filem kat pawagam selepas kembali beroperasi bermula 1 Julai 2020 nanti, boleh la kongsikan pengalaman korang di media sosial. 

Last modified: 29 June 2020