Ini Kerja-Kerja Professional Luar Biasa Dan Tak Masuk Akal

Sembang, ZAP, ZeKool

Dulu masa kat sekolah, bila cikgu tanya tentang cita-cita kita semua. Paling typical mahupun klise sekali adalah jawapan-jawapan seperti nak jadi Doktor, Peguam, pilot, bomba, polis. Tapi tu cerita time sekolah dulu, masa kita kecik-kecik kita tak pernah tahu pun ada bermacam-macam jenis lagi pekerjaan yang wujud di muka bumi ni.

Bila kami katakan bermacam-macam atau pelbagai jenis pekerjaan. Bukan saja pekerjaan yang standard tapi pekerjaan yang luar biasa yang kita sendiri tidak pernah terfikir. Dibawah kami kongsikan senarai-senarai pekerjaan yang boleh dikategorikan out of this world. Mungkin ianya dianggap sebagai pekerjaan yang pelik tapi memang benar-benar wujud di dunia zaman kita sekarang ini.

Sebelum ni Thelaki juga pernah kongsikan pekerjaan-pekerjaan pelik tapi masyuk, korang boleh usha artikel tu DISINI.

“PENTIDUR” PROFESSIONAL

Image via: https://www.surrey.ac.uk

Ini mungkin boleh dikatakan sebagai pekerjaan yang paling selesa kot di dunia ni. Ya, sebenarnya memang wujud tugasan dimana ianya memerlukan seseorang itu tidur.

Kerjanya amat mudah, hanya memerlukan mereka untuk tidur seharian. Kalau korang jenis yang boleh tidur seharian tanpa melakukan apa-apa aktiviti, maka pekerjaan ini adalah amat sesuai untuk korang. Perkerjaan sebagai seorang Professional sleeper adalah untuk membantu para saintis dalam sebuah projek khas kaji selidik tentang misteri disebalik pelbagai jenis gangguan tidur.

Di Amerika Syarikat, seorang lelaki bernama Pat Phillips dibayar dan ditugaskan untuk tidur apabila menyertai program kaji selidik di sebuah hospital di Boston, Massachusetts. Bunyi macam senang, tidur je. Tapi sebenarnya bukan saja tidur, tapi tidur dengan wayar-wayar dilekatkan pada tubuh badan.

Walaupun pekerjaan ni boleh dikatakan best sebab ianya memerlukan pekerja tersebut untuk tidur dan ianya adalah suatu tugasan yang dibayar, namun terdapat juga side effect yang bakal dialami seperti gangguan tidur dan ianya juga boleh menyebabkan badan menjadi lesu dan tidak bermaya.

Pekerjaan ini juga dikatakan membayar pekerja tersebut sebanyak kira-kira $15,000 setahun, ini adalah jumlah yang dianggarkan, kemungkinan besar seorang yang tidur secara professional dibayar dengan jumlah yang lebih tinggi mengikut nilai pengalaman masing-masing. Ada juga yang dibayar sebanyak $10 sejam dengan tugasan tidur ini.

Selalunya seorang yang tidur secara professional ini akan menyertai beberapa program kaji selidik yang membayar mereka untuk dijadikan sebagai peserta uji kaji. Pada tahun 2009, di sebuah pertunjukan seni di The New Museum of Contemporary Art, seorang wanita dibayar untuk tidur di khalayak ramai sebagai sebahagian daripada pameran seni di musium tersebut. Pada tahun 2013, aktress popular Tilda Swinton juga pernah tidur dalam sebuah kotak dan menjadi sebahagian daripada pameran seni tribute buat David Bowie. Kemunculan Tilda Swinton yang menjadi sebahagian daripada pameran seni tersebut juga sebagai pelancaran buat pameran seni berjudul “David Bowie Is” di Victoria and Albert Museum, London. Art berat ni.

PENGHANTAR PIZZA UNDERWATER

Rob Doyle mungkin adalah pemilik kepada suatu pekerjaan yang boleh dikatakan paling unik di dunia. Beliau merupakan seorang penghantar pizza dasar laut ataupun underwater.

Untuk melakukan penghantar pizza, Rob hanya perlu memakai suit scuba diving dan terus menyelam ke dalam laut bagi menghantarkan pizza yang telah dipesan oleh pelanggan. Ya, pelanggan yang memesan pizza tersebut adalah mereka yang menginap di sebuah bilik underwater hotel yang terletak di Jules’ Undersea Lodge di Key Largo Florida, Amerika Syarikat.

Selain menghantarkan pizza yang telah dipesan, Rob juga merupakan seorang scuba diving instructor yang bertauliah. Paling penting sekali, kelengkapan yang digunakan oleh Rob adalah sangat teratur dan rapi dimana beliau meletakkan pizza yang dipesan dalam sebuah kotak air tight khas kalis air untuk dihantarkan ke bilik underwater pelanggan.

PENOLAK PENUMPANG KERETAPI

Selalunya kita dengar pasal pekerjaan penarik kereta kan? Tapi beza pulak di negara matahari terbit, Jepun. Di Jepun, terdapat satu pekerjaan dimana ianya memerlukan si pekerja menolak penumpang untuk dimasukkan kedalam kereta api tersebut. Jangan risau, time diorang tolak penumpang tu adalah ketika keretapi sedang berhenti lah LOL.

Apa yang perlu dilakukan oleh para pekerja stesen kereta api di Jepun adalah untuk memastikan mereka boleh memuatkan kesemua para penumpang yang sebolehnya untuk dimasukkan kedalam kereta api. Di Jepun, mereka amat pentingkan masa dan rakyat disana cuba untuk elakkan daripada datang lewat untuk temujanji atau menaikkan kereta api untuk ke pejabat. Ini membuatkan tugasan penolak penumpang ini juga amat murni sekali sebab mereka nak pastikan tiada siapa yang terlepas menaiki kereta api tersebut.

But on a serius note, ini sebenarnya adalah pekerjaan sebenar. Tapi rasanya para pekerja tukang penolak penumpang ni sekarang time musim wabak pandemik ni diorang tengah free kot sebab Jepun pun mengamalkan social distancing.

PENJAGA BURUNG

Image via: https://twitter.com/

Ini mungkin pekerjaan yang unik tetapi dalam pada masa yang sama boleh dikatakan cool gila, Chris Skaife merupakan seorang ravenmaster di The Tower of London. Tugasan harian beliau adalah untuk menjaga burung gagak atau dikenali sebagai ravens yang dipelihara di The Tower of London.

Menurut sebuah kisah lagenda, di The Tower of London harus mempunyai sekurang-kurangnya 6 ekor burung gagak yang berkeliaran disitu. Jika burung gagak tersebut meninggalkan kawasan tersebut, dikatakan Kingdom dan Tower bakal runtuh dan musnah. Buat masa ini dikatakan terdapat enam ekor burung gagak utama yang dipelihara di The Tower of London, dan seekor lagi gagak yang disimpan sebagai backup.  

Chris merupakan penjaga tetap burung gagak di The Tower of London yang berkhidmat selama sebelas tahun, dan Chris juga telah berjaya menjinakkan burung gagak ini. Chris juga sangat aktif di media sosial dimana beliau sering merakam dan memuatnaik video-video aktiviti seharianya bersama ravens jagaan beliau.

PEMANCING BASIKAL

Image via: https://www.pri.org

Amsterdam merupakan salah sebuah negara yang memiliki penunggang basikal yang paling ramai. Rakyat disana lebih selesa menunggang basikal untuk ke lokasi-lokasi yang diinginkan. Namun terdapat juga pemilik-pemilik basikal ini yang sengaja membuang atau mendamparkan bangkai basikal yang lama mahupun yang sudah rosak ke dalam sungai di Amsterdam, bangkai-bangkai basikal yang rosak ini dipercayai dicampak oleh hooligans atau mereka yang tidak bertanggungjawab.

Setiap tahun, pihak berkuasa perairan sungai Amsterdam terpaksa mengaut lebih kurang 12,000 hingga 15,000 bangkai basikal yang berkeladak di kawasan perairan. Maka kerajaan Amsterdam terpaksa mengerahkan sebuah boat khas dengan para pekerja untuk berjalan disekitar perairan sungai Amsterdam dan mengorek basikal-basikal yang terdampar didasar perairan sungai Amsterdam.

Sebenarnya aktiviti membuang basikal ke dalam sungai perairan Amsterdam ini telah lama dilakukan oleh penduduk-penduduk disana. Menurut seorang pekerja “pemancing” basikal, pada zaman dahulu sungai ini merupakan kawasan pembetungan terbuka jadi sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat disini membuang segala jenis sampah. Bermula pada tahun 1860, pihak kerajaan telah membersihkan kawasan ini dan mengubahnya menjadi sungai. Mereka juga telah secara aktif mengalakkan penduduk disini untuk tidak mengunakan kawasan sungai yang telah dibersihkan ini sebagai tempat pembuangan sampah.

Tugasan para “pemancing” basikal dikawasan sungai Amsterdam ini adalah dengan memastikan perairan sungai ini bersih agar dapat digunakan untuk kawasan lalu lintas kapal.

PENONTON NETFLIX PROFESSIONAL

Kita semua boleh dikatakan impikan sebuah pekerjaan dimana kita hanya duduk dan menonton rancangan-rancangan di Netflix sepanjang hari. Rupa-rupanya pekerjaan yang kita impikan ini benar-benar wujud.

Para pekerja di syarikat penstriman video digital, Netflix mempunyai para pekerja yang dinamakan sebagai Taggers, tugasan para Taggers di Netflix adalah untuk menonton kandungan atau content terbaharu yang akan disiarkan di Netflix untuk tontonan penguna, dan para Taggers ini harus melabelkan setiap content yang mereka tonton itu mengikut kategori yang bersesuaian. Contoh seperti “Malaysian/Indonesian Films”, “Critically Acclaimed TV Dramas”, “Indie Movies”.

Label atau tag yang dilakukan oleh Taggers di Netflix ini pula akan berinteraksi dengan algoritma yang menghasilkan cadangan untuk para penonton Netflix.

Pada awalnya, pekerjaan Netflix Tagger ini adalah pekerjaan part time selama setahun yang boleh dilakukan dari mana-mana saja dengan waktu 15 jam setiap minggu. Lama kelamaan ianya adalah pekerjaan tetap yang banyak menbantu Netflix dan ianya juga adalah salah satu tugasan yang diinginkan ramai.

Posisi ini selalunya memang cepat kena sambar, so kalau korang berminat, rajin-rajinkan lah diri usha Careers Page Netflix. Mana tahu ada rezeki kan?

(FAKTA BONUS) PEMBERI TAJUK FILEM PIXAR

Yang ni kami tak tahu la betul atau tidak. Tetapi menurut tweet daripada seorang penguna di Twitter bernama @DanMentos mengatakan terdapat satu pekerjaan di syarikat pembuat filem animasi terkenal, Pixar dimana tugasnya hanya dengan memberikan tajuk filem yang dikeluarkan oleh Pixar.

Dipercayai bahawa pekerja tersebut menerima bonus sebanyak $300K sebab beliau yang memberikan tajuk filem berjudul “Cars”. Still atas research yang kami lakukan, pekerjaan ini masih lagi samar-samar dan tiada bukti kukuh pun. Pfftt…

KATALAKI: Kerja-kerja ni semua pelik tapi gila best jugakkk…

Last modified: 6 July 2020