Ini lah Juara Dunia Fantasy Premier League 2019

Sembang

Tamat saingan Premier League untuk musim 2018/19 maknanya Fantasy Premier League pun dah melabuhkan tirainya. Macam mana dengan mata keseluruhan team korang? Berjaya tak menang private league antara kawan-kawan korang? Team korang dapat ranking keseluruhan yang ke berapa? Ni point terbanyak untuk setiap posisi daripada setiap player.

Untuk info, seramai 6.3 juta orang seluruh dunia yang main Fantasy Premier League untuk musim 2018/19 ni. Kalau korangΒ berjaya dapat top 100k untuk ranking keseluruhan pun korang dah kira gempak dah.

Bila Fantasy Premier League dah habis, maknanya kita dah boleh tahu dah siapa yang jadi juara untuk musim 2018/19 ni. Seramai 6.3 juta orang yang main Fantasy Premier League, pemain yang berjaya dapat nombor 1 dan jadi juara ialah pemain yang berasal dari New Zealand, Adam Levy.

Adam Levy yang berumur 53 tahun merupakan seorang peguam berjaya kalahkan 6.3 juta pemain yang lain dengan jumlah 2659 points untuk merebut hadiah utama antaranya dapat saksikan 2 perlawanan Premier League musim 2019/20 berserta penginapan dan pengangkutan, jam tangan TAG Heuer dan banyak lagi lah. Senarai penuh hadiah yang diterima, korang boleh tengok kat bawah ni.

Ni senaraiΒ top 10 pemain Fantasy Premier League seluruh dunia. Team korang ada ke dalam top 10 ni?

Korang yang baca artikel ni pernah ke menang pape daripada Fantasy Premier League? Ada gak hadiah yang disediakan untuk Manager of the Month dan Manager of the Week.

Sebelum ni salah seorang pemain Fantasy Premier League dari Malaysia pernah dapat Manager of the Week. Tahniah Farhan!

KATALAKI: Bosan la lepas ni takde dah nak kena update player setiap minggu sampai start musim baru Premier League bulan Ogos nanti.

Last modified: 30 May 2019