Spoiler alert! Kalau korang belum lagi tengok filem Spider-Man: Far From Home, ada 2 post-credit scene dalam filem ni. Macam biasa la. Kalau kita tengok filem-filem Marvel Cinematic Universe (MCU), Marvel memang akan buat kita berfikir dan buat andaian sendiri selepas tengok post-credit scene.
Our recommendation? See it 10x for every second of this video. pic.twitter.com/QrRLm7GS0R
— Spider-Man: Far From Home (@SpiderManMovie) July 14, 2019
Setakat hari ni, 15 Julai 2019, takde lagi filem terbaru yang diumumkan oleh Marvel selepas filem Spider-Man: Far From Home. Buat masa ni, semua peminat filem Marvel masih lagi blur dan tertanya-tanya apa kaitan post-credit scene dalam Spider-Man: Far From Home dengan filem-filem MCU akan datang.
Lesson #1: you do NOT ghost Nick Fury. 🤭 #SpiderManFarFromHome pic.twitter.com/dtQBwC26xN
— Spider-Man: Far From Home (@SpiderManMovie) July 13, 2019
Dalam post-credit scene yang pertama, MJ lakonan Zendaya masih lagi terkejut selepas dapat tahu yang Peter Parker ialah Spider-Man. Selepas MJ dan Spider-Man bergayut di sekitar New York, tiba-tiba siaran berita ditayangkan di tengah-tengah bandar New York. Dalam berita tersebut, identiti sebenar siapa Spider-Man didedahkan kepada orang ramai dan Spider-Man dipersalahkan dengan apa yang terjadi dalam filem Spider-Man: Far From Home menerusi rakaman yang disebarkan oleh Mysterio lakonan Jake Gyllenhaal.

Image Via : ew.com
Yang menariknya, penyebaran video rakaman tersebut dilakukan oleh J. Jonah Jameson, editor untuk surat khabar yang sinonim dengan filem Spider-Man, Daily Bugle. Ini merupakan penampilan pertama watak J. Jonah Jameson dalam filem MCU dan dilakonan oleh pelakon yang sama, J.K Simmons. Tapi kali ni, watak J.Jonah Jameson berimej botak. Kita sendiri pun dah tahu yang J.Jonah Jameson ni memang benci betul dengan Spider-Man.

Image Via : syfy.com
Maknanya, selepas filem Spider-Man: Far From Home, semua orang dah tahu yang Peter Parker ialah Spider-Man. Bukan tu je. Lepas ni orang ramai dah anggap yang Spider-Man merupakan superhero jahat yang membunuh Mysterio. Mungkin filem Spider-Man yang baru akan datang, Spider-Man akan dibenci dan dihina oleh orang ramai dengan bantuan J.Jonah Jameson yang memang suka memburukkan reputasi Spider-Man.
Haters always end up being the biggest fanboys. 🙄 #SpiderManFarFromHome pic.twitter.com/xaAJU48OuY
— Spider-Man: Far From Home (@SpiderManMovie) July 7, 2019
Dalam post-credit scene yang kedua, penonton semakin bertambah blur selepas dapat tahu yang Nick Fury dan Maria Hill bukan lah diri dorang yang sebenarnya dalam filem Spider-Man: Far From Home. Sebaliknya, Skrull iaitu Talos dan isterinya yang menyamar sebagai Nick Fury dan Maria Hill. Nick Fury sebenarnya tengah berehat kat dalam Spaceship bersama dengan Skrull yang lain di angkasa lepas siap berkaki ayam. Sebelum ni Talos merupakan watak penting dalam filem Captain Marvel dan kali pertama Nick Fury kenal Talos juga dalam filem Captain Marvel.

Image Via : ign.com
Persoalannya sekarang ni, kita pun dah tahu filem Captain Marvel berlaku sebelum wujudnya Avengers, jadi mungkinkah kemunculan Nick Fury dalam filem Iron Man, Thor, Avengers dan filem MCU yang lain sebenarnya Talos yang menyamar sebagai Nick Fury?

Image Via : denofgeek.com
Post-credit scene kedua ni rasanya memang bertujuan untuk bagi bayangan kepada penonton mengenai filem-filem MCU terbaru yang akan datang. Sekarang ni memang kita susah nak faham apa maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh Marvel melalui post-credit scene kedua selagi belum ada berita pasal filem terbaru MCU selepas Spider-Man: Far From Home.
KATALAKI: Ni lah salah satu kekuatan filem Marvel sampai semua orang boleh gilakan filem-filem MCU. Marvel memang suka buat penonton sentiasa berfikir, berbincang dan bercakap pasal apa jalan cerita dan filem seterusnya yang akan dipersembahkan oleh MCU.