Ini Punca CR7 Kaya-Raya Selain Main Bola

Aktif, Bola

Walaupun Cristiano Ronaldo dah berumur 34 tahun pada 5 Februari lalu, tapi CR7 masih lagi salah seorang pemain bola sepak yang menerima gaji paling banyak kat Juventus dan di dunia. Yang tertanya-tanya pasal rival CR7, Lionel Messi berumur 32 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Untuk pemain bola sepak yang dah berumur lebih 30 tahun, masih bergaji tinggi dan boleh lagi beraksi di tahap tertinggi, bukan semua pemain bola sepak boleh buat. Bila CR7 bersara daripada bola sepak nanti confirmed meraung semua peminat bola sepak.

Kekayaan CR7 sebenarnya bukan bergantung kat gaji je. Ada banyak lagi punca kekayaan CR7 yang dulunya orang susah dan sekarang kaya-raya atas usahanya untuk jadi pemain bola sepak terbaik di dunia. Jom kita usha mana datang income CR7 berjuta-juta!

Nike

Korang jangan tanya kenapa CR7 tak pakai barang Adidas, sebab sejak 2003 CR7 dah pun ditaja oleh Nike untuk semua peralatan sukan yang CR7 perlukan. Cuba korang teka berapa lama tempoh tajaan Nike dengan CR7. Seumur hidup! Setakat ni hanya 3 orang atlet sukan je yang pernah ditaja seumur hidup oleh Nike, LeBron James, Michael Jordan dan Cristiano Ronaldo. Sebelum ni pernah viral gambar kat bawah ni. Gambar CR7 masa zaman kanak-kanak.

KFC

CR7 juga pernah ditaja oleh KFC Arab pada tahun 2013. Pelik juga kan. Seorang atlet yang memang jaga diet untuk kekalkan prestasi atas padang, ditaja untuk mempromosikan fast food.

Sebelum CR7, Lionel Messi juga pernah ditaja oleh KFC. Mungkin ayam goreng ialah rahsia untuk jadi pemain bola sepak yang power?

EA Sports FIFA

Permainan video yang dimain oleh peminat bola sepak satu dunia! CR7 jadi front cover untuk dua tahun berturut-turut, FIFA 18 dan FIFA 19. Untuk FIFA 19, siap dua kali dan dua jersey ditampilkan oleh EA Sports disebabkan perpindahan CR7 dari Real Madrid ke Juventus. Tapi yang dipasarkan untuk orang ramai beli hanya lah front cover FIFA 19 Cristiano Ronaldo bersama jersi Juventus.

Clear Shampoo

Rambut CR7 juga merupakan mahkota kesayangan CR7 yang selalu kita nampak bila CR7 beraksi atas padang. Lelaki mana yang tak sayang rambut kan? Memang sesuai lah CR7 ditaja oleh Clear untuk promosikan shampoo dorang. Macam-macam style rambut dah CR7 pernah buat bila turun padang. Rambut CR7 mana satu yang korang pernah tunjuk kat barber sebab nak ikut style sama?

Konami

Sebelum ditaja oleh EA Sports, CR7 juga pernah ditaja oleh rival terbesar EA , Konami untuk permainan video Pro Evolution Soccer atau PES dan menjadi front cover sebanyak 3 kali, tahun 2008, 2012 dan 2013. Masa ni PES lagi top daripada FIFA rasanya. Sekarang ni korang tengah sedap layan FIFA ke PES?

KATALAKI: Banyak lagi sponsor CR7 sebenarnya. Ada yang kata sebanyak 31 sponsor. Gila banyak.

Last modified: 25 February 2019