Ini Punca Neymar Terlepas Beraksi Di Copa America 2019

Aktif, Bola

Lagi beberapa hari je lagi Copa America 2019 akan bermula. Malang sekali untuk bintang bola sepak Brazil, Neymar yang disahkan cedera di bahagian buku lali dan terlepas untuk beraksi bersama Brazil dalam Copa America 2019.

Image Via : bleacherreport.com

Kalau korang yang nak tahu dengan lebih mendalam pasal Copa America 2019, boleh baca kat sini. Dalam artikel kali ni kita nak tengok punca macam mana Neymar boleh cedera dalam perlawanan persahabatan menentang Qatar hari tu.

Image Via : goal.com

Malang bertimpa-timpa buat Neymar selepas dilucutkan sebagai ketua pasukan bola sepak Brazil, kali ini cedera lak selepas dijatuhkan oleh pemain Qatar pada minit ke-17 perlawanan.

Neymar yang baru je pulih sepenuhnya daripada kecederaan di bahagian kaki sebelum ni, direhatkan dari bulan Januari 2019 sehingga April 2019, sekali lagi terpaksa direhatkan disebabkan kecederaan yang baru. Tempoh kecederaan kali ni belum lagi dipastikan. Tapi yang dah memang pasti, Neymar takkan bermain untuk Brazil dalam kejohanan Copa America 2019.

Image Via : cbf.com.br

Ini lah video semasa Neymar dijatuhkan pemain Qatar dan terus mengalami kecederaan di bahagian buku lali kaki kanan.

Siapa Yang Boleh Ganti Neymar?

Memandangkan Copa America 2019 dah semakin dekat, ada beberapa pemain Brazil yang lain boleh menggantikan tempat Neymar yang selalu bermain di posisi sayap kiri antaranya David Neres, Lucas Moura, Felipe Anderson, Vinicius Junior, Coutinho dan Richarlison.

Image Via : deccanherald.com

Buat masa ni belum lagi ada pengumuman rasmi mengenai senarai pemain Brazil yang akan dibawa ke Copa America 2019 nanti. Untuk dapatkan info yang cepat dan terkini pasal pasukan Brazil, korang boleh check out Instagram dan Twitter pasukan bola sepak Brazil siap-siap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Seleção Brasileira de Futebol (@cbf_futebol) on

KATALAKI: Brazil antara pasukan favourite yang akan menang Copa America 2019. Tuan rumah kan.

Last modified: 8 June 2019