Ini Rekod Yang Bakal Dipecahkan Oleh Messi Dan CR7 Musim Ni

Aktif, Bola

Rekod apa je lagi yang tak pernah dipecahkan oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sejak bergelar pemain bola sepak profesional. Yang terbaru, CR7 dan Lionel Messi tercalon untuk anugerah 2018/19 UEFA Men’s Player of the Year bersama Virgil Van Dijk.

Setakat ni CR7 dah pernah menang anugerah UEFA Best Player sebanyak 4 kali ketika beraksi bersama Manchester United dan Real Madrid. Lionel Messi pernah menang 3 kali untuk anugerah yang sama. Ini antara rekod baru yang akan dipecahkan oleh CR7 dan Lionel Messi untuk musim 2018/19.

CR7 : Pemain Paling Berjaya Dalam UEFA Champions League

Mulanya musim terbaru bola sepak Eropah untuk musim 2019/20 ni merupakan musim kedua CR7 beraksi bersama dengan Juventus selepas berpindah dari Real Madrid. Kalau CR7 berjaya menjulang piala UEFA Champions League bersama Juventus untuk musim terbaru ni, CR7 bakal menyamai rekod legenda Real Madrid iaitu Paco Gento yang pernah menang kejuaraan Eropah sebanyak 6 kali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Selepas penjenamaan semula pada tahun 1992 dan kini menggunakan nama UEFA Champions League, CR7 bakal menjadi pemain bola sepak pertama yang pernah menang piala UEFA Champions League sebanyak 6 kali jika berjaya menjulang piala UEFA Champions League bersama Juventus untuk musim baru ni.

Messi : Pemain Paling Banyak Jaringkan Gol Hat-trick

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on

Setakat ni, CR7 masih lagi memegang rekod pemain paling banyak yang pernah menjaringkan gol hat-trick di La Liga iaitu 34 kali hat-trick. Lionel Messi buat masa ni dah pernah jaringkan gol hat-trick sebanyak 33 kali, hanya memerlukan sekali lagi hat-trick untuk menyamai rekod CR7.

CR7 : Satu-Satunya Pemain Yang Pernah Menang Anugerah Golden Boot Di Premier League, La Liga dan Serie A

CR7 pernah menjadi penjaring terbanyak dan menerima anugerah Golden Boot sebanyak 2 kali di Premier League ketika beraksi bersama Manchester United. Di La Liga, CR7 pernah dapat anugerah Golden Boot sebanyak 11 kali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Kalau CR7 berjaya menang anugerah Golden Boot dalam Serie A musim terbaru ni, CR7 merupakan pemain bola sepak pertama yang pernah menang anugerah Golden Boot di Premier League, La Liga dan Serie A. Musim 2018/19, Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan 21 gol, beza lima gol dengan Fabio Quagliarella yang berjaya  menang anugerah Golden Boot.

Messi : Pemain Paling Banyak Menang Golden Boot Di La Liga

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on

Buat masa ni, Lionel Messi berkongsi rekod yang sama dengan legenda Athletic Bilbao iaitu Telmo Zarra yang pernah menang anugerah Golden Boot sebanyak 6 kali di La Liga. Kalau Lionel Messi berjaya menjadi penjaring terbanyak untuk musim 2018/19, Lionel Messi merupakan pemain paling banyak yang pernah menang anugerah Golden Boot di La Liga.

KATALAKI: Tahun 2019 ni, CR7 dah pun berumur 34 tahun dan Lionel Messi berumur 32 tahun.

Last modified: 17 August 2019