Ini Rupa Sebenar Gameplay Volta Football FIFA 20

Game, Tech

Permainan video terbaru, FIFA 20 akan mula dipasarkan pada 24 September 2019 nanti. Selain menampilkan grafik yang lebih canggih dan terkini, FIFA 20 juga akan menampilkan mod yang terbaru iaitu Volta Football, seakan-akan permainan video FIFA Street yang popular dari tahun 2005 sehingga tahun 2012.

Info penting untuk korang yang bercadang nak main FIFA 20 kat Nintendo Switch, takde mod Volta Football yang disediakan menurut Electronic Arts (EA). Kalau nak merasa main Volta Football, kena main kat PC, PS4 atau pun Xbox One.

Masa Gamescom 2019 yang berlangsung pada 20 Ogos sehingga 24 Ogos 2019 di Jerman, EA ada bawa FIFA 20 untuk ditunjukkan kepada pengunjung sebelum secara rasminya FIFA 20 dipasarkan seluruh dunia. Ada gak yang terpilih untuk cuba dan merasai buat kali pertamanya macam mana gameplay Volta Football di depan mata.

Ini antara rupa gameplay Volta Football yang akan muncul dalam FIFA 20 selepas kali terakhir FIFA Street 4 dipasarkan pada tahun 2012.

KATALAKI: Dah boleh start untuk berjimat bulan Ogos dan September ni. Silap-silap kena beli sekali controller PS4 baru dengan FIFA 20 sekali.

Last modified: 28 August 2019