Ini Sebab Dan Asal Usul “Don’t Leave Me” Challenge

Sembang, ZAP, ZeKool

Boleh dikatakan dunia media sosial makin lama makin rancak. Tiap-tiap bulan mesti akan muncul bermacam-macam jenis video challenge yang ada. Terutama sekali sejak adanya aplikasi bernama TikTok yang memudahkan sesiapa saja untuk menjadi content creator.

Boleh dikatakan dengan adanya aplikasi TikTok ni, memang banyak betul challenge yang wujud. Antaranya yang sedang menjadi hangat dan tular adalah cabaran atau challenge permainan perkataan atau wordplay lah senang cerita. Dan apa yang best sekali adalah cabaran wordplay ini dapat mengembangkan minda serta kreativiti para penguna media sosial.

Walaupun sebenarnya secara asasnya “Don’t Leave Me” Challenge ini adalah boleh dikatakan sebagai lawak hambar atau dry humor, tahap kebenggonggan yang dilakukan dalam video-video yang diparodikanb atau dilakon semula dengan versi tersendiri boleh dikatakan amat kreatif dan diluar kotak. Walaupun hambar tapi tetap menghiburkan.

Tapi sebenarnya daripada mana datangnya idea untuk “Don’t leave me” challenge yang sering diperkatakan ini? Okay jom baca selebihnya dibawah ni.

Pertama sekali kami describe dulu bagaimana cara untuk lakukan “Don’t leave me” challenge ini. Ianya adalah sebuah video dimana seorang kawan sedang menanyakan soalan kepada benda yang ditunjukkan dan mencantumkan 2 perkataan untuk dijadikan sebagai perkataan atau ayat yang kelakar atau senang cerita loyar buruk lah jawapan dia, bila dah bagi jawapan tersebut, perakam video itu akan berlari sambil berkata “Don’t leave me, don’t leave me”. Kebanyakan video-video “Don’t leave me” challenge ini hanya berdurasi dalam masa 30-60 saat sahaja.

JANGAN “DAUN” SAYA?

Kewujudan tentang “Don’t Leave me” challenge ini mula tular daripada sebuah Instagram post yang dimuat naik oleh seorang pelawak dan penghibur yang berasal dari Lagos Nigeria, dikenali sebagai Josh Alfred. Beliau adalah pencetus untuk video “Don’t leave me” challenge ini yang dimuatnaik pada bulan Mac tahun 2020. Dalam video tersebut, Josh cuba untuk mencantum 2 perkataan untuk dijadikan sebagai ayat atau puns. Puns ini selalunya digunakan sebagai bahan jenaka dimana ayat atau perkataan dijadikan atau dicantumkan mengikut situasi yang digambarkan.

Menurut Josh, beliau dengan bersahaja mengunakan perkataan “leaf” dan “leave” yang mempunyai sebutan yang sama walaupun ayat atau maksudnya berbeza. “Pada penghujung video sketsa tersebut, hype man (aka perakam video) Bello Kreb berlari sambil menjerit “Don’t leave me”, itu lah part yang ramai penonton ingat dalam video tersebut dan pick up dia sebagai parodi “Don’t leave me”.” menurut Josh dalam sebuah interview bersama Buzzfeed.

 

View this post on Instagram

 

Leave me alone @bellokreb #dontleaveme 😂😂😂😂😂 #dontleavemechallenge

A post shared by Josh Alfred (@josh2funny) on

Tambah Josh lagi, beliau mengatakan dengan cara hype man beliau melontarkan dialog “Don’t leave me” secara spontan membuatkan video tersebut kelakar dan catchy yang dapat menghiburkan penonton. Tambah lagi, menurut penghibur berusia 29 tahun itu, puns ini selalunya sangat engaging dan boleh dikatakan sedikit sebanyak menguji kepintaran pencipta video dan penonton. Ujar Josh lagi, itu adalah kekuatan dan pulling factor untuk video sketsa rakaman beliau.

Daripada parodi yang telah dilakukan oleh ramai para penguna media sosial, terutama sekali penguna TikTok yang telah merakam video bersama keluarga dan rakan mereka dengan cubaan mengunakan perkataan-perkataan puns yang boleh dikatakan diluar kotak dan mengunakan perkataan yang membuat ayat-ayat yang disebut menjadi kelakar dan tak disangka-sangkakan.

@playboi_pgDon’t leave me ##fyp ##fypシ ##foryoupage ##zxycba ##dontleaveme♬ original sound – playboi_pg

 

View this post on Instagram

 

The last one though… 😏 #iykyk #dontleavemechallenge

A post shared by Likely (@wearelikely) on

Penghibur dan pelawak daripada Nigeria tersebut yang selalu merakam nak memuatnaik sketsa komedi untuk para pengikut akaun beliau yang sudah mencecah 1.5 juta followers di Instagram. “Don’t leave me” challenge adalah sketsa ciptaan Josh yang berjaya menarik minat para pengikut media sosial secara global.

Josh juga turut merasa terharu apabila ramai selebriti antarabangsa, terutama sekali bintang Hollywood yang turut serta menyampaikan “Don’t leave me” challenge dengan cara yang tersendiri. Antara selebriti Hollywood yang telah memuatnaik “Don’t leave me” challenge seperti pelawak dan pelakon terkenal Kevin Hart dan Dave Chappelle.

KATALAKI: Walaupun pun lawak dia simple je tapi dia buat orang berfikir secara kreatif…

Last modified: 9 July 2020