Ini Sebab Kenapa Apple Tak Bagi Charger Untuk iPhone 12!

Gadget, Tech, ZAP, ZeKool

Kalau korang pengikut setia berita-berita tech atau memang tahu apa yang tengah trending diperkatakan sejak pada minggu lepas lagi, mungkin korang sudah pun tahu sedikit mahupun sebanyak tentang desas-desus tentang pengeluaran model smartphone terbaharu daripada syarikat jenama gergasi; Apple yang bakal mengeluarkan siri model terbaharu iPhone yang digelarkan sebagai iPhone 12 tidak lama lagi dalam tahun ini.

Pada minggu lepas, sudah banyak portal-portal yang melaporkan tentang features siri terbaharu iPhone apabila seorang penganalisa yang dikenali sebagai Ming-Chi Kuo mendedahkan info-info terkini smartphone yang dinantikan ramai peminat Apple itu.

Didalam laporan terbaharu daripada Ming-Chi Kuo, beliau mendedahkan iPhones terbaharu tersebut yang dijadualkan untuk release pada sekitar hujung tahun ini akan dijual tanpa didatangkan dengan sebarang charger plug dan juga Earpods seperti model-model keluaran Apple iPhone yang terdahulu.

Ini sudah semestinya salah satu info yang memeranjatkan buat para penguna smartphone, terutama sekali pada pembeli yang menantikan siri iPhone terbaharu ini. Pada awalnya ini merupakan sebuah khabar angin yang terapung di awangan media sosial dimana lama-kelamaan khabar angin ini telah disahkan oleh beberapa sumber yang mengatakan ianya bukan sekadar khabar angin sahaja.

Dengan berita sebegini, ianya menyumbang kepada pelbagai reaksi para peminat yang sudah ketahui tentang permainan Apple dalam pemasaran produk-produk keluarannya. Reaksi ramai yang mengatakan ianya sebagai langkah yang sangat ridiculous dan ramai yang sudah ketahui yang Apple sering melakukan perkara-perkara yang ridiculous namun apa yang Apple lakukan kali ini boleh dikatakan sebagai langkah yang tidak masuk akal.

KENAPA TAK MASUK AKAL?

Soalan kenapa kami katakan ianya tidak masuk akal adalah kerana memang sudah kita ketahui bahawa barangan yang selalunya dikeluarkan oleh syarikat elektronik Apple ini bukanlah barangan yang murah mahupun mampu milik. Setiap tahun Apple akan memasarkan produk-produk keluaran terbaharu dan setiap kali produk terbaharu dikeluarkan oleh Apple, ianya juga didatangkan dengan harga yang jauh lebih mahal, walaupun spec yang diberikan itu ada pros and cons.

4 SEBAB UTAMA

Menurut laman web The Verge, walaupun sekarang ini banyak khabar angin yang berleluasa dan sukar untuk kita semua sahkan apa yang cuba Apple lakukan untuk penjualan iPhone 12. Tetapi apa yang disampaikan oleh Ming-Chi Kuo, kita boleh dapat baca bahawa Apple sedang mengatur suatu langkah yang bijak dalam mendidik para penguna produk-produk Apple untuk beralih kepada perubahan baharu untuk model-model iPhone yang akan datang selepas pengeluaran iPhone 12.

Salah satu faktor utama dalam tindakan Apple untuk memansuhkan pemberian soket charger dan cable serta earpods dalam keluaran model terbaharu iPhone 12 terutama sekali adalah kerana ramai yang sedia maklum bahawa iPhone 12 nanti akan didatangkan dengan 5G connectivity, ini dikatakan juga menyumbang banyak kepada kos pembuatan unit iPhone 12 nanti. Walaupun keuntungan tidak ketara dalam kos Apple untuk includekan sekali charger, namun kos keperluan tersebut dapat disaluran kepada teknologi 5G untuk unit tersebut.

Menurut laman web 500ish.com, antara salah satu faktor yang memain peranan dalam isu ini juga tentu pada kos penghantaran dan pembungkusan untuk produk terbaharu iPhone ini dapat dikurangkan dan disediakan dalam bentuk yang lebih minimal dan juga packaging yang tampak elegent. Selain itu ianya juga dapat membantu alam sekitar dalam pengurangan keperluan dalam pembungkusan. Mungkin juga Apple ingin mengurangkan kos untuk pembuatan charger dan cable untuk setiap unit iPhone yang mereka produce dalam membantu alam sekitar juga.

Mungkin model terbaharu iPhone kali ini tidak didatangkan dengan charger, dan untuk model-model yang seterusnya pula ianya tidak didatangkan dengan charging port supaya para penguna dapat menyesuaikan diri dengan teknologi wireless charging yang Apple cuba terapkan dari sekitar 2 tahun yang lepas.

KATALAKI: Mungkin iPhone 13 atau 14, kotak pun diorang tak bagi hewhewhew…

Last modified: 7 July 2020