Ini Sebab Kenapa OnePlus 8 Pro Ada Kamera X-Ray

Gadget, Tech, ZAP, ZeKool

Rasanya dari zaman dulu-dulu lagi kita dah banyak kali terbayangkan suatu ciptaan yang membolehkan kita lihat daripada sebalik tembusan atau x-ray vision lah. Ala macam kuasa x-ray vision yang Superman ada tu. Untuk apa kegunaan tersebut, kami tak boleh nak terangkan tapi sebabkan kita kecik-kecik dulu memang kita nak tengok bermacam-macam disebalik dinding atau sebagainya lah kan?

Tapi itu masa kita kecik-kecik dulu lah, tapi siapa sangka bila dah masuk tahun 2020 ni, teknologi dah semakin menunjukkan belang dan taringnya dengan ciptaan-ciptaan yang lebih advance. Dan sememangnya terdapat sebuah smartphone yang tular baru-baru ini oleh kerana ianya didatangkan dengan ciri-ciri yang membolehkan penguna merakam gambar atau video dalam mode “X-ray vision”. 

Smartphone yang diperkenalkan daripada keluaran terbaharu OnePlus 8 Pro yang dilengkapkan dengan 4 jenis lensa kamera disisi belakang. Salah satu kamera tersebut yang digelarkan sebagai “Color Filter” dipercayai ramai dengan ciri-ciri yang membolehkan penguna untuk melihat kedalam atau see through pada permukaan bahan tertentu seperti atau seakan kamera x-ray.  

Walaupun pada hakikatnya smartphone ini tidak lah mempunyai kamera dengan teknologi x-ray yang sebenarnya seperti yang digunakan dihospital tetapi ianya kamera yang dilengkapkan pada bahagian belakang smartphone tersebut mampu untuk melihat melalui permukaan tertentu.

DISEBALIK TEKNOLOGI “X-RAY”

Daripada amatan mata kasar, filter yang dilengkapkan pada kamera OnePlus 8 Pro ini sangat sangat simple dan kemas. Disebabkan lensa “Color Filter” yang dilengkapkan pada OnePlus 8 Pro ini menumpukan cahaya daripada infrared yang berbeza daripada lens kamera yang biasa, maka dengan filter yang digelarkan sebagai “Photochrom” di ruangan aplikasi kamera peranti OnePlus 8 Pro ini dapat menerbitkan hasil gambar atau video yang jauh lebih berbeza.

Lens kamera keempat pada OnePlus 8 Pro ini juga tidak menapis cahaya inframerah secara automatik seperti kebanyakan lens kamera yang ada. Jadi ini membuatkan features IR-blasted light pada lens keempat ini tidak berfungsi sangat secara visualnya jika ianya difokuskan pada manusia. Ini kerana cahaya yang digunakan selalunya berfungsi lebih untuk kita send dan receive signals dengan peranti seperti alat kawalan jauh atau remote control.  

So basically apa yang berlaku adalah apabila berlaku adalah kamera pada OnePlus 8 Pro ini akan menangkap signal cahaya inframerah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar atau mata manusia. Jadi dengan kombinasi cahaya yang tidak dapat dilihat ini dengan lens kamera OnePlus 8 Pro ini dapat memberikan kita gambaran yang seakan see through pada permukaan yang difokus oleh kamera tersebut. Ini sekaligus memberikan output sebagai x-ray vision. Senang kata, kamera lens OnePlus 8 Pro ini dapat merakam cahaya yang tak terlihat oleh mata manusia dan memberikan gambaran yang menebus permukaan. Namun ciri-ciri ini tidaklah sehebat seperti yang dijangkakan kerana hasil gambar yang ditangkap berada dalam kualiti yang rendah disebabkan sensornya yang kecil, jadi ianya tidak dapat merakam gambar yang jelas dan bagus seperti yang dijangkakan.

Kalau ikutkan secara logiknya, filter Photochrom kamera smartphone OnePlus 8 Pro ini tidaklah seratus peratus berfungsi sebagai kamera x-ray yang dapat menembus pandangan pada apa saja permukaan kerana cahaya inframerah yang boleh di pick-up oleh lens kamera ini tidak sekuat mana pun, cuma ianya boleh melihat dan memberikan pandangan x-ray vision tersebut untuk beberapa ataupun permukaan yang tertentu sahaja seperti bahan-bahan diperbuat daripada plastik dan permukaan yang nipis.

Pada awal kemunculan smartphone flashship model jenama OnePlus ini dikeluarkan, pihak OnePlus telah mengeluarkan filter Photochrom ini daripada peranti unit OnePlus 8 Pro ini kerana syarikat jenama OnePlus mengakui terdapat implikasi pelanggaran privasi ciri tersebut dan akan mengusahakannya lebih jauh sebelum melancarkannya semula. Namun pada awal bulan Jun 2020 OnePlus 8 Pro telah mengembalikan features Photochrom ini dalam update peranti versi OxygenOS 10.5.10.

KATALAKI: Fikir balik sebenarnya tak berapa penting pun features ni kan?

Last modified: 7 July 2020