Ini Susan Bennett – Wanita Disebalik Suara Siri

Sembang, Tech, ZAP, ZeKool

Sebagai seorang penguna yang melengkapkan diri dengan produk aksesori handset berjenama Apple iaitu Iphone, confirm akan tahu apakah itu Siri yang menjadi medium atau pendamping yang menghubungkan penguna produk Apple dan produk Apple itu sendiri. Tak kisah lah samaada ianya adalah iPhone, Ipad, Imac, Macbook atau iWatch. Entiti yang dikenali sebagai Siri ini adalah antara ciri-ciri yang kebiasaannya memang akan dilengkapkan didalam produk keluaran Apple.

Based on experience pula, ramai penguna iPhone (mostly) yang tentunya akan terjebak dengan berkomunikasi dengan Siri bertanyakan soalan-soalan tertentu seperti cuaca pada harini, pukul berapa mahupun meminta Siri untuk setkan alarm untuk bangun pagi, tuliskan nota ataupun reminder. Macam-macam benda yang penguna Apple boleh lakukan dengan bantuan voice activated AI yang bernama Siri ini.

Tapi tahukan korang siapa sebenarnya Siri? Siapa wanita disebalik suara Siri yang original tu? Jom kita usha.

KENAPA NAMA DIA SIRI?

Sebelum kita bercerita lebih tentang wanita disebalik suara Siri. Kami nak kongsikan sedikit info yang korang perlu tahu tentang Siri.

Siri atau disebut dengan sebutan yang betulnya sebagai SIRR-ee adalah virtual assistant seperti yang kami katakan tadi, merupakan sebahagian daripada ciri-ciri ataupun fungsi yang terdapat dalam sesebuah produk keluaran jenama Apple, terutama sekali produk-produk Apple yang dikuasakan dengan peranti iOS. Kuasa virtual Siri ini bukan lazimnya terdapat pada iPhone, tetapi juga dilengkapkan dalam iPad OS, iWatch OS, macOS dan juga tvOS.

Dengan bantuan suara yang dikenali sebagai Siri ni, ianya dapat membantu para penguna dengan pertanyaan kepada soalan-soalan yang mampu dijawab oleh Siri kerana ianya mengunakan ciri-ciri natural language user interface untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh para penguna iOS tersebut.

Tujuan Siri bukanlah untuk menjawab soalan-soalan daripada penguna semata-mata, kerana tujuan utama Siri adalah untuk membantu penguna dengan tugasan seperti membuat cadangan, dan melakukan tugasan dengan mendelegasikan permintaan penguna tersebut ke rangkaian perkhidmatan Internet seperti Google atau aplikasi-aplikasi berkaitan.

Siri ini sebenarnya merupakan sebuah entiti “spin off” daripada projek asal yang dijalankan oleh SRI International Artificial Intelligence Center, dengan ciri-ciri fungsi speech recognition engine hasil ciptaan sistem Nuance Communications, Siri mengunakan teknologi advance machine learning. 

Pada bulan February 2010, voice assistant yang dikenali sebagai Siri ini diperkenalkan sebagai sebuah aplikasi untuk iOS dan selang dua bulan kemudian, pihak pengurusan Apple membeli aplikasi tersebut menjadi sebahagian daripada hak milik syarikat Apple dan dilengkapkan dalam iPhone model 4S pada 4 Oktober 2011. Pada ketika itu, aplikasi Siri yang terdapat di Apple Store terus ditarik semula oleh Apple.

Sejak dari itu, Siri menjadi sebahagian daripada produk Apple yang telah disesuaikan dengan peranti hardware keluaran Apple selama bertahun-tahun 

SUARA SIRI SEBENAR

Pada kemunculan Siri pada produk Apple, terutama sekali dilengkapkan dalam handset iPhone, ramai yang menyangkakan suara Siri adalah suara rekaan robot hasil daripada alogoritma berasaskan komputer. Namun hakikat sebenarnya, suara asal Siri adalah daripada suara manusia sebenar.

Pemilik suara yang telah digunakan oleh entiti yang bernama Siri ini adalah Susan Bennett, dan dalam sedar tak sedar, suara beliau telah berada dalam poket mahupun bag galas kepada berjuta-juta penguna, hasil daripada identiti Siri ini juga telah membuatkan beliau secara tidak langsung “berlakon” bersama pelakon-pelakon Hollywood seperti Samuel L. Jackson dan Zooey Deschanel.

Disebalik entiti yang sangat dikenali ramai ini, rupa-rupanya suara asal Siri adalah suara seorang wanita sebenar yang dikenali sebagai Susan Bennett. Susan merupakan seorang American voice-over artist yang sudah memulakan kerjaya tersebut sejak tahun 70an apabila beliau menghasilkan rakaman voice-over pertamanya untuk First National Bank of Atlanta.

Selain daripada menjadi suara Siri yang pertama sekali, suara Susan juga turut dikenali sebagai suara pengumuman di keseluruh terminal milik Delta Air Lines, dan juga beberapa software voicing e-learning dan aplikasi GPS serta sistem telefon. Selain digunakan sebagai suara untuk pengumuman dan voice-over, suara Susan juga turut digunakan untuk beberapa iklan jenama gergasi seperti Ford, Coca-Cola, Fisher-Price, Mcdonald’s, Cartoon Network. Senang citer, semua job Susan tapau!

Dalam sebuah interview bersama CNN, Susan menjelaskan beliau tidak tahu dan tidak sedar bahawa suaranya digunakan untuk produk Apple. Pemilihan suara Susan juga dilakukan secara tidak sengaja apabila pada bulan Jun 2005, syarikat software ScanSoft memerlukan suara seseorang untuk digunakan dalam projek database melibatkan pembinaan pertuturan bahasa, melalui syarikat GM Voices, mereka memilih suara Susan yang available untuk sesi rakaman tersebut selepas voice-over artist yang dijadualkan tidak dapat hadir untuk sesi rakaman tersebut.

Sepanjang bulan Julai tahun 2005, Susan telah merakam bermacam-macam jenis ayat, sebutan, serta frasa. Rakaman tersebut kemudian digabungkan menjadi berbagai kata, ayat, dan perenggan yang digunakan dalam suara yang dikuasakan oleh sistem algoritma Siri.

Menurut Susan lagi, beliau tidak tahu suaranya telah digunakan untuk fungsi peranti didalam produk iPhone dan hanya dapat tahu pada tahun 2011 apabila seorang sahabat menghantarkan kiriman email mengatakan suara voice-over beliau telah digunakan sebagai Siri untuk handset iPhone.

Apabila ditanya oleh rakan-rakan jika benar itu adalah suaranya, Susan mengesahkan memang yang digunakan oleh Apple iPhone sebagai Siri itu adalah hasil suaranya sendiri. Namun menurut Susan, ketika menjalankan proses rakaman suara yang memakan masa selama empat jam setiap hari di rumahnya, beliau tidak tahu ianya bakal digunakan untuk keluaran iPhone dan iPad yang dilancarkan pada tahun 2011 kerana sesi rakaman tersebut berlaku pada enam tahun sebelumnya.

Susan merupakan suara Siri yang pertama untuk virtual assistant keluaran Apple sehingga iOS ke tujuh yang dikeluarkan pada 18 September 2013.

APPLE TAK MENGAKU

Image via: https://www.computerworld.com/

Selepas ditemubual oleh CNN yang menjejak pemilik suara sebenarnya Siri, nama Susan Bennett mula diperkatakan ramai. Susan sendiri telah mengesahkan sememangnya suara Siri tersebut adalah suaranya.

Namun dalam industri teknologi terutama sekali yang melibatkan text-to-speech (atau TTS) dan voice-over ini dikatakan sangat rumit sekali kerana terdapat beberapa terma dan perjanjian tanpa sebarang pendedahan.

Pada bulan Oktober tahun 2005, iaitu beberapa bulan selepas Susan membuat kesemua rakaman suara tersebut, syarikat ScanSoft membeli dan menukar nama syarikat kepada Nuance Communications, Nuance merupakan syarikat yang amat dikenali bertanggungjawab sebagai penyumbang utama kepada teknologi virtual assistant, Siri.

Namun apabila CNN cuba menghubungi pihak Nuance dan Apple, kedua-dua syarikat ini enggan memberikan sebarang komen jika suara Siri tersebut adalah milik Susan Bennett. Namun pihak CNN mengambil langkah yang lebih drastik dengan membuat pengesahan suara tersebut menerusi khidmat pakar forensik audio. Menurut pakar audio tersebut, kedua-dua suara itu sah sama, dan ianya adalah 100% milik suara Susan Bennett.

KATALAKI: Kalau suara kat dalam LRT pulak, tu suara Datuk Yasmin Yusoff, Miss Universe Malaysia 1978

Last modified: 29 June 2020