Ini Wanita British Muslim Pertama Menunaikan Haji

Sembang

Dalam sejarah negara United Kingdom, era atau zaman Victorian merupakan zaman pemerintahan Ratu Victoria, daripada 20 June 1837 sehingga kematian Ratu Victoria pada 22 Januari 1901.

Tapi harini kita bukan nak ceritakan tentang zaman Victorian tetapi kita nak ceritakan tentang kisah disebalik wanita British Muslim pertama yang menjejakkan kaki di kota Mekkah dan menunaikan ibadah haji pada tahun 1933.

LADY EVELYN COBBOLD

Dilahirkan pada tahun 1867 di Edinburgh, Lady Evelyn Murray merupakan anak perempuan kepada seorang peneroka golongan bangsawan Scottish yang dikenali ramai iaitu Lord Dunmore, selain itu Lady Evelyn merupakan anak cucu kepada Earl of Leicester, dan anak sedara kepada bangsawan Inggeris terkenal Lady Jane Digby el-Mezrab.

Di usia kanak-kanaknya, Lady Evelyn telah dibesarkan daripada keluarga yang berpindah-randah antara Scottland dan Africa Utara. Di sana beliau disemai dengan cara kehidupan Muslim serta belajar bertutur dalam bahasa Arab. Menurut Lady Evelyn, dari saat itu beliau mula merasakan dirinya “a little muslim at heart”. Disaat usia meningkat remaja juga iaitu sebelum dan selepas perang dunia pertama, Lady Evelyn telah berulang-alik travel secara meluas di Mesir, Syria dan Transjordan dimana disitu juga beliau dipengaruhi oleh budaya dan tradisi Arab, Lady Evelyn juga gemar meluangkan masa bersama kanak-kanak disana selain melawat masjid-masjid di Algeria dan Cairo. Disana juga Lady Evelyn dijaga oleh pengasuh tempatan.

Menurut Lady Evelyn, beliau sering ditanya bila dan kenapa beliau ingin menjadi seorang Muslim, “Saya hanya dapat menjawab bahawa saya tidak tahu saat yang tepat ketika kebenaran Islam menjumpai saya. Nampaknya saya selalu mengamalkan ajaran agama Islam”.

Menurut sejarah, Lady Evelyn mengesahkan penghijrahannya ke agama Islam pada tahun 1915 dengan mengambil nama Muslim sebagai Zainab. Menurut laman web SaudiBritishSociety.org, Lady Evelyn atau Zainab Cobbold mengaku mengikut fahaman Sunni namun sukar menepatkan kefahaman Zainab.

BERKAHWINAN DAN PENGHIJRAHAN

Di usianya yang ke 24 tahun pada 1891, Lady Evelyn mengahwini seorang bangsawan kaya John Cobbold yang ketika itu adalah Sheriff Tinggi bandar Suffolk United Kingdom, dari situ beliau menukarkan nama ke Lady Evelyn Cobbold. Selepas berkahwin, Lady Evelyn memberikan sepenuh hatinya sebagai seorang isteri di kediaman mereka di Suffolk dan ladang Scotland, kebun-kebunnya.

Ketika Lady Evelyn dan suaminya berpisah pada tahun 1922 dan berikutan kematian John Cobbold pada tahun 1929, Lady Evelyn membuat keputusan untuk menunaikan haji dimana beliau mula serius mencari peluang serta cara untuk beliau menunaikan haji. Demi mencapai misinya itu, Lady Evelyn menhubungi Hafiz Wahba yang merupakan seorang seorang duta besar untuk Kingdom of Hejaz dan Nejd di United Kingdom yang kemudian telah menghantarkan surat permohonan kepada Raja Abd al-‘Aziz untuk membenarkannya menunaikan ibadah haji.

Tiga tahun kemudian pada usianya yang ke 65, Lady Evelyn atau Zainab mula dikenali ramai pada tahun 1933 apabila beliau disebut sebagai wanita United Kingdom Muslim pertama yang menunaikan haji. Pengalaman murni yang dilakukan oleh Lady Evelyn Zainab Cobbold ini telah beliau abadikan dalam sebuah buku yang berjudul “Pilgrimage to Mecca”.

Selain menjadikan buku yang diterbitkan sebagai jurnal harian yang menceritakan pengalamannya sebagai menunaikan haji, didalam buku tersebut beliau juga turut mencerminkan perjalanan rohani imannya semasa lawatannya ke Makkah, Madinah dan Mina. Pada tahun 1963, Zainab menghembuskan nafas terakhirnya iaitu kira-kira 30 tahun selepas menunaikan haji, beliau dikebumikan ditempatkan seperti permintaannya iaitu di lereng bukit terpencil di ladang Glencarron tanah milikinya di Wester Ross, Scotland. Seperti yang diwasiatkan, Lady Evelyn meminta untuk menuliskan “Allah adalah cahaya Langit dan Bumi.” di batu nisannya.

KATALAKI: Tak sangka ada sejarah inggeris seperti ini…

Last modified: 30 July 2020