Ini Yang Korang Kena Faham Mengenai Gameplay Terbaru FIFA 20

Game, Tech

Memandangkan permainan video terbaru FIFA 20 tak lama lagi akan mula dipasarkan bermula 27 September 2019, EA Sports pun dah tunjuk sikit-sikit macam mana rupa gameplay terbaru yang ada dalam FIFA 20 nanti.

Kali ni mari kita tengok satu-satu, apa yang dimaksudkan oleh EA Sports mengenai gameplay terbaru yang akan ditampilkan dalam FIFA 20 nanti.

Dynamic 1-on-1

Salah satu kelainan yang akan ditampilkan dalam FIFA 20 ialah situasi satu lawan satu semasa menyerang dan bertahan yang lebih dinamik. Ini bermaksud pemain akan mempunyai lebih masa dan lebih sensitif bila berhadapan dengan situasi satu lawan satu. Pemain pertahanan tidak akan secara melulu merampas bola apabila diserang dan pemain penyerang akan lebih berhati-hati semasa menyerang sama ada menggunakan skill gelecek bola atau tunggu pemain lain datang membantu untuk menyerang dari pelbagai arah termasuk lah penyudah yang dilakukan pemain untuk menjaringkan gol.

Kalau sebelum ni korang main FIFA, bila nak tackle pemain yang tengah menyerang, bola tersebut ada kemungkinan akan dapat semula kepada pemain yang tengah menyerang. Dalam FIFA 20, keadaan tersebut akan dapat dikawal dengan lebih rapi. Ini termasuklah mencuri bola semasa diserang dan memintas sebarang hantaran yang dilakukan oleh pihak lawan.

Ball Physics

Pergerakan bola akan lebih real dalam FIFA 20 termasuklah lantunan, pusingan dan trajektori bola. Lantunan akan selalu terjadi dalam FIFA 20 apabila berlaku situasi perebutan bola oleh pemain. Lantunan bola di atas padang juga bergantung kepada jenis padang. Kalau stadium yang dipilih memiliki padang yang lebih keras, lantunan bola di atas padang akan lebih tinggi dan kerap. Trajektori bola yang dirembat atau dihantar kepada pemain lain juga bergantung kepada kekuatan, situasi dan kebolehan pemain tersebut. Kalau korang tengok video kat atas tu pun boleh nampak bola tu melantun di atas padang dan bola yang melengkung masuk ke dalam gol.

Set Piece

Sistem set piece kat dalam FIFA 20 nanti boleh dikatakan menggunakan sistem yang baru. Kalau korang dah cukup handal ambil sepakan percuma atau sepakan penjuru dalam FIFA 19 sebelum ni, nampaknya kena lah belajar balik untuk ambik set piece dalam FIFA 20.

Image Via : ladbible.com

Salah satu benda baru untuk sepakan percuma dalam FIFA 20 ialah pemain boleh tentukan sasaran bola yang nak ditendang melalui pembidik yang disediakan. Pemain juga boleh menentukan tahap pusingan bola atau spin bergantung kepada kekuatan bola yang ditendang mengggunakan Right-Stick. Nak buat bola melengkung masuk ke dalam gol macam gol Faiz Subri lepas ni semakin senang la nampaknya.

KATALAKI: Ada banyak lagi benda baru dalam FIFA 20 nanti antaranya boleh kawal sendiri penjaga gol tangkap bola hantaran tinggi dan bola daripada sepakan sudut. Gaya gol celebration yang baru dah tentu sekali la ada.

Last modified: 29 July 2019