Tahniah untuk pasukan Kedah yang berjaya menjulang piala FA untuk kali yang kelima selepas menewaskan Perak dengan jaringan 1-0. Pulun Kedah pulun!
Well done boys! To Asia! pic.twitter.com/XxGmipPYF7
— Official_KedahFA (@official_kfa) July 27, 2019
Selepas tamat perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Perak, nama yang paling mendapat tumpuan ramai dah tentu sekali pemain yang berjaya menjaringkan gol kemenangan pasukan Kedah iaitu Fadzrul Danel.
View this post on Instagram
Jom kita tengok balik gol yang dijaringkan oleh Fadzrul Danel dalam perlawanan akhir Piala FA hari tu.
105+1′ | GOL FADZRUL!
Pasukan @official_kfa berjaya menjaringkan gol pertama dalam Final #ShopeePialaFA2019 melalui sepakan oleh pemain yang berusia hanya 21 tahun, Fadzrul Danel.#ShopeePialaFA2019#MFLLive #PRKKED pic.twitter.com/9I8A5IPpoI
— MFL LIVE (@MFL_Live) July 27, 2019
Memandangkan nama Fadzrul Danel mula popular selepas kejayaan pasukan Kedah menjulang Piala FA 2019, kali ni kami nak kongsikan beberapa info yang korang kena tahu mengenai bintang muda Kedah, Fadzrul Danel.
Pernah Berlatih Bersama Cardiff City
Pada Mac 2019, Fadzrul Danel pernah dihantar oleh Kedah FA untuk berlatih selama sebulan di Wales bersama akademi bola sepak Cardiff City.
View this post on Instagram
Fadzrul Danel dan 3 orang lagi pemain Kedah iaitu Aminuddin Abu Bakar, Suhaimie Saad dan Muhammad Asri Mohamad sempat berjumpa dengan pemilik Cardiff City iaitu Tan Sri Vincent Tan semasa dalam tempoh latihan di akademi bola sepak Cardiff City.

Image Via : Kedah FA
Harga Tanda Tebus Nilai Sebanyak RM 5 Juta
Tindakan bijak daripada pengurusan Kedah FA selepas menawarkan kontrak baru kepada Fadzrul Danel pada bulan Jun yang lepas.

Image Via : Kedah FA
Kontrak baru ni juga disertakan dengan harga tanda tebus nilai sebanyak RM 5 juta kalau ada pasukan lain yang berminat untuk dapatkan khidmat Fadzrul Danel. Takde la senang-senang kena curi. Huhuhu.
Dua Gol Menentang Perak Di Final
View this post on Instagram
Kali pertama Fadzrul Danel menjaringkan gol menentang Perak di perlawanan akhir ialah pada tahun 2018 dalam perlawanan akhir antara Kedah dan Perak di SUKMA 2018 menerusi tendangan percuma. Tapi Kedah tewas selepas Perak berjaya menjaringkan 2 gol untuk menjadikan kedudukan jaringan 2-1 sehingga tamat perlawanan. Gol kemenangan Kedah menentang Perak di perlawanan akhir Piala FA 2019 hari tu merupakan gol kedua yang pernah dijaringkan oleh Fadzril Danel menentang pasukan Perak di perlawanan akhir.
KATALAKI: Kejohanan seterusnya untuk kita tengok persembahan Fadzrul Danel kat dalam padang ialah Piala Malaysia 2019 yang dijadualkan akan bermula pada 2 Ogos 2019.