Ini Yang Korang Kena Tahu Mengenai Tony Hawk’s Pro Skater 1+2

Game, Tech, ZAP, ZeKool

Legenda sukan skateboard, Tony Hawk baru-baru melancarkan siri permainan video terbaru, Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 yang akan mula dipasarkan pada 4 September 2020. Kalau korang antara salah seorang yang pernah memiliki PlayStation 1, ini lah game yang akan buat korang terkenang kembali kenangan lama melakukan macam-macam trick menggunakan skateboard untuk mengumpul markah terbanyak. Mari kita tengok apa yang menariknya game terbaru Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 ni.

Yang pertama sekali, korang kena faham dulu kenapa ada 1+2 disertakan dalam tajuk game terbaru Tony Hawk Pro Skater. Siri permainan video yang menampilkan Tony Hawk sebagai tarikan utama, kali pertama dipasarkan pada tahun 1999 bertajuk Tony Hawk’s Pro Skater yang boleh dimainkan di PlayStation, Nintendo 64, Game Boy Color dan N-Gage. Kejayaan melampau yang dicipta oleh permainan video Tony Hawk’s Pro Skater diteruskan lagi pada tahun 2000 dengan lahirnya Tony Hawk’s Pro Skater 2 dengan grafik yang lebih canggih, sekali lagi berjaya mencipta kejayaan yang lebih melampau kepada siri permainan video Tony Hawk.

Selepas 21 tahun berlalu, kini tampil Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 yang merupakan versi remastered kepada Tony Hawk’s Pro Skater dan Tony Hawk’s Pro Skater 2, dengan penambahbaikan daripada segi visual yang dah tentu jauh lebih gempak, karakter dan trick asal yang pernah ditampilkan dalam Tony Hawk’s Pro Skater dan Tony Hawk’s Pro Skater 2, dan kebolehan bermain mod multiplayer secara online. Selain daripada tu, beberapa soundtrack yang pernah menjadi ikon kepada siri permainan video Tony Hawk’s Pro Skater dan Tony Hawk’s Pro Skater 2 juga disertakan sekali dalam Tony Hawk’s Pro Skater 1+2.

Selain daripada Tony Hawk, beberapa legenda sukan skateboard dan karakter ikonik permainan video Tony Hawk’s Pro Skater juga akan membuat penampilan dalam Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 antaranya Steve Caballero, Geoff Rowley, Bucky Lasek, Elissa Steamer, Kareem Campbell, Andrew Reynolds, Bob Burnquist, dan Chad Muska.

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 akan menjadi siri permainan video Tony Hawk ke-16 yang pernah dipasarkan sejak tahun 1999, kali terakhir menerusi Tony Hawk’s Skate Jam pada tahun 2018 untuk pengguna smartphone dengan sistem operasi iOS dan Android.

KATALAKI: Yang tak berapa tahu mengenai sukan skateboard, kebanyakkannya mula kenal Tony Hawk disebabkan permainan video.

Last modified: 14 May 2020