Ini Yang Korang Kena Tahu Menjelang Minggu Ke-3 Liga Super

Aktif, Bola

Sebelum kita sentuh bab Liga Super, tahniah kepada pasukan Perak yang berjaya tewaskan pasukan dari Hong Kong, Kitchee SC untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dan merebut tempat dalam peringkat kumpulan AFC Champions League. Penyokong Perak akan awayday ke Korea Selatan! Ada lagi satu perlawanan untuk Perak menentang pasukan dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai FC, perlawanan penentuan sama ada Perak akan bersaing dalam peringkat kumpulan AFC Champions League ke tak. JDT dah pun layak untuk perlawanan peringkat kumpulan AFC Champions League.

Sumber : AFC Champions League

Kedudukan Liga

Setakat ni dah dua perlawanan yang berlangsung untuk pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Super 2019. Baru dua perlawanan je, kita tak boleh nak agak lagi team mana yang akan jadi juara musim ni. Tapi korang boleh usha kedudukan liga setakat ni kat bawah.

Sumber : Malaysian Football League

Senarai Penjaring Terbanyak

Kalau tengok kedudukan liga, Pahang, JDT dan Melaka semakin selesa berkongsi mata di tangga teratas Liga Super. Pahang berada di paling atas dalam Liga Super disebabkan perbezaan satu gol dengan JDT. Kuala Lumpur apa cerita ni. Satu mata pun tak dapat lagi. Relax, perlawanan ada banyak lagi. Siapa yang paling banyak score gol setakat ni? Dah tentu la orang besi!

Sumber : Malaysian Football League

Jadual Perlawanan Minggu Ke-3 Liga Super

Ada dua perlawanan tumpuan untuk minggu ke-3 ni antaranya Melaka akan bertemu Pahang di Stadium Hang Jebat untuk membolehkan masing-masing menjarakkan kedudukan dalam Liga Super. Kalau keputusan seri nanti, JDT boleh la bersenang-lenang naik ke puncak liga. Tu pun kalau JDT boleh menang dengan Terengganu. Team adik-beradik, Selangor dan PKNS pula akan bertemu di Stadium Shah Alam untuk membuktikan team abang atau adik lagi power dalam Liga Super tahun ni. Perlawanan-perlawanan lain korang boleh tengok kat bawah ni okeh.

Sumber : Malaysian Football League

KATALAKI: Liga Super 2019 ni makin ramai yang turun stadium nampaknya. Baguih baguih.

Last modified: 13 February 2019